Followers

Sunday, March 16, 2014

Persoalan-Persoalan Yang Kerajaan Malaysia Perlu Jawab Mengenai #MH370.

Photo: Persoalan-Persoalan Yang Kerajaan Malaysia Perlu Jawab Mengenai #MH370.

Baiklah.

Nampaknya kita sudah ada satu keputusan yang pasti. Sidang media Najib sebentar tadi (pada siang 15/3) telah memberikan kita beberapa maklumat baru dan maklumat2 baru ini adalah maklumat2 yang pasti. Sahih. Bukan spekulasi. Bukan juga andaian ataupun kemungkinan kecuali mengenai satu perkara iaitu rampasan.

Jika selepas ini menteri2 kita membuat kenyataan sebaliknya ataupun u-turn daripada apa yang Najib sebutkan tadi maka sila nantikan respon maki hamun dari rakyat jelata yang nampaknya sampai sekarang masih terpinga2 dan keliru dengan apa yang telah berlaku..

Maklumat yang Najib sebutkan tadi ;

1. Pesawat berpatah balik. Ini bukan lagi satu kemungkinan. Tetapi sudah menjadi satu kepastian. PESAWAT MAS B777 MH370 DISAHKAN TELAH BERPATAH BALIK DARI LALUAN SEPATUTNYA.

2. Isyarat terakhir yang dikesan (ping dari sistem perkomputeran ke atas satelit) dari kapal terbang tersebut ialah pada jam 8.11 pagi. Ini bukan spekulasi sebaliknya maklumat yang telah disahkan oleh kerajaan Malaysia melalui sidang media yang dibuat oleh Najib siang tadi.

3. Perkara ini telah dipersetujui sebulat suara oleh kerajaan Malaysia, FAA, NTSB dan AAIB termasuklah pakar2 yang terlibat dalam operasi mengesan dan menyelamat pesawat MH370.

4. Sistem komunikasi yang terdapat dalam pesawat tersebut telah dimatikan secara sengaja secara berasingan. Ia hanya boleh dimatikan oleh seseorang yang berada dalam pesawat tersebut. Mula2 sistem ACARS dimati sebelum pesawat tiba di pantai timur. Dan ketika pesawat mula memasuki ruang udara Vietnam, alat yang berfungsi untuk menentukan kedudukan pesawat iaitu transponder pula dimatikan.

5. Semua operasi yang berlaku di laut China Selatan telah dihentikan serta merta.

6. Pasukan pencari kini menumpukan usaha mereka kepada dua lokasi iaitu ;

- Dari utara Thailand hingga ke Kazakhstan.
- Dari Indonesia ke Lautan Hindi.

7. Menurut Najib mereka mempertimbangkan KEMUNGKINAN BERLAKUNYA RAMPASAN yang menyebabkan pesawat tersebut membuat lencongan.

8. Yang pasti, yang sahih dan yang confirm, pesawat tersebut memang telah menukar laluan asal pada kali terakhir dia dikesan melalui radar umum.

Okey.

Ini info2 yang telah disahkan oleh kerajaan. Info sahih nak ulas pun senang. Untuk rekod, rumah pilot Kapten Zaharie mungkin akan digeledah untuk mencari beberapa perkara bagi membantu siasatan.

Setelah menimbangkan, membaca, membandingkan dan meneliti kesemua info2 yang tersebar selama ini maka, aku percaya rakyat Malaysia pasti tertanya2 perkara ini ;

1. Masih ingat tak bila ada kenyataan dari kerajaan kita bahawa mereka telah mengesan satu pesawat yang tidak dapat dipastikan telah melalui ruang udara kita?

Ini rujukan aku ; http://www.sinarharian.com.my/semasa/tudm-kesan-pesawat-tak-dikenali-lepas-mh370-hilang-1.259581

Ini aku. Tugas aku menjaga ruangan udara Malaysia daripada dicerobohi oleh pihak2 tertentu. Satu hari ada sesuatu yang tidak dikenalpasti telah memasuki ruang udara di negara aku. Apa aku buat ketika itu? Biarkan aje kalau ikut jalan cerita di atas.

Korang tak rasa pelik ke? Kalau aku, aku terpaksa cakap, aku rasa pelik. Bayangkan kalau yang masuk tue pesawat yang nak serang Malaysia, tak pasal2 kena bom wa cakap sama lue.

2. Dalam Awani ada la temubual. Dengan pakar la juga. Orang Malaysia. Orang ketenteraan. Ada satu soalan yang wartawan Astro Awani studio tanya dia, apabila pesawat berpatah balik, tidak kah ini menimbulkan tanda tanya kepada pihak yang menjaga station radar ketika itu? Jawapan dia cakap tidak. Ini kerana yang berpatah balik tue ialah pesawat komersil. Dan mereka memang akan menganggap ia perkara biasa sebab tue pasukan tentera tak berbuat apa2.

Nanti dulu kawan.

- Berapa kerap berlakunya kes pesawat komersil berpatah semula apabila telah berlepas?

- Berapa kerap berlakunya kes pesawat komersil berpatah semula dan kemudian tiba2 hilang dari radar?

Dua keraguan.

Bukan kah sepatutnya perkara ini bukan perkara yang normal apabila pesawat komersil berpatah semula **yang jaga laluan udara negara sepatutnya rasa pelik kenapa tiba2 pesawat ini mengalami masalah? Kenapa tak contact dan berhubung dengan pesawat tersebut dan kenapa tak hubungi MAS untuk mengetahui maklumat selanjutnya? Kenapa tak cari jawapan untuk kepastian? Mula2 berpatah balik, kemudian hilang dari radar ia sebenarnya sesuatu yang pelik. Jika aku orang yang jaga laluan trafik udara aku pasti rasa pelik.

Yang menghairankan aku, interview ini disiarkan berulang2 kali di saluran Astro Awani ia ditonton oleh ramai orang, bukan kah ini sekaligus akan memberikan persepsi negatif kepada pasukan ketenteraan negara?

3. Najib mengesahkan bahawa sistem komunikasi dan transponder telah dimatikan dengan sengaja secara berasingan oleh seseorang yang berada di dalam pesawat tersebut. Dari mana kesimpulan ini diperolehi? Adakah dari laporan satelit yang mengesahkan menerima isyarat ping terakhir yang dikesan dari pesawat tersebut pada jam 8.11 pagi? Jika ia boleh mengeluarkan isyarat ping bukan kah ini bermaksud kapal terbang tersebut masih berupa mengeluarkan isyarat komunikasi? Kalau sistem komunikasi lumpuh sepenuhnya bagaimana satelit boleh terima isyarat ping pada jam 8.11 pagi? Adakah berlakunya keadaan ia dibuka ditutup dibuka ditutup?

4. Bukan calang2 orang yang boleh matikan sistem komunikasi dan transponder yang berada dalam kapal terbang. Pertama ia perlukan seseorang yang tahu mengenai sistem perkomputeran pesawat. Kedua ia memerlukan seseorang yang tahu di mana lokasi dan kedudukan setiap perkara2 yang dia mahu 'usik'. Melalui senarai krew penerbangan dan juga mereka2 yang menaiki pesawat, bukan kah sudah sewajarnya kita mempunyai list yang telah dikecilkan bilangan suspectnya? Atau, sebenarnya mana2 pihak yang berada dalam penerbangan tersebut tidak layak di anggap suspect disebabkan kekurangan bukti? Apakah ada kemungkinan ada penceroboh dalam pesawat tersebut? Seseorang yang mana namanya tidak berada dalam pesawat tersebut? Seseorang yang masuk cara lain?

5. Masih ingat lagi tak bahawa ketika pesawat ini mula2 dikatakan hilang dulu telah tersebarnya satu berita yang mengatakan ia telah pun selamat mendarat di Nanning, China. Betul? Okay, pernah kita terfikir siapakah individu pertama yang sebarkan spekulasi ini? Dan apakah tujuannya spekulasi ini disebarkan? Faham tak? Telah berlaku sesuatu seperti pesawat hilang.. pesawat hilang bukan perkara yang biasa di Malaysia, jadi sepatutnya kes2 begini kita tak fikir orang akan buat spekulasi liar ketika di permulaan kisah.. lainla macam kes politik ka, kes artis ka, kes mengarut2 ka memang la dah normal. Jadi, sejurus ia dikatakan hilang pada pagi sabtu, jam 1.40 selepas itu juga dalam beberapa jam selepas itu kita lihat ada berita yang melaporkan pesawat tersebut telah disahkan mendarat di Nanning.

Apa yang aku buat?

- Mula2 aku petik ayat di atas. Aku petik dari Pesawat dampai ke sebentar tadi. Ayat sebijik2 aku tiru. Huruf besar, huruf kecik, ringkasan semua aku tiru.

- Then aku google ayat tersebut.

- Aku dapati, hanya ada satu media saja yang melaporkan perkara tersebut iaitu TV3.

- Dari mana TV3 mendapatkan berita tersebut?

- Ini satu misteri yang amat2 misteri pada aku.

- Di saat PDRM dan SKMM sound rakyat awam agar jangan sebar spekulasi, rupa2nya isu pesawat telah selamat mendarat di Nanning sebaran dia bukan datang dari manusia biasa2.. dari tv3 sendiri. Kenapa TV3 boleh buat cerita macam tue?

Untuk rekod, disebabkan spekulasi ini la, rakyat agak 'delay' untuk mengambiltahu cerita susulan mengenai pesawat tersebut. Ia mengambil masa sehingga petang ke malam untuk seluruh rakyat benar2 alert bahawa pesawat yang hilang itu TIDAK MENDARAT DI NANNING.

6. Kali terakhir pesawat tersebut diselanggara ialah pada  23/2/2014. Ia mula hilang pada 8/3. 12 hari sebelum ia hilang. Ini disahkan oleh pengarah DCA yang buat sidang media. Katanya lebih kurang 2 minggu pesawat tersebut telah pun diba Dalam proses penyelenggaraan sesiapa yang terlibat dalam kerja2 penyelenggaraan boleh keluar masuk periksa dan sebagainya untuk memastikan pesawat tersebut berada dalam keadaan yang baik, betul? Siapakah individu2 yang terlibat dalam proses penyelenggaraan ini? Sudah kah pihak berkuasa memanggil mereka dan kuaratinkan mereka bagi tujuan soal siasat? Apakah ada kemungkinan sistem pesawat tersebut telah digodam / di ubah suai sehinggakan tiada sesiapa pun yang perasan telah berlakunya sesuatu ke atas sistem penerbangan pesawat tersebut atas sesuatu tujuan?

7.  Untuk rekod, pesawat yang terbang rendah boleh menghilangkan diri dari dikesan oleh radar. Namun, radar ketenteraan berbeza dari radar kebiasaan. Ada sesetengah radar tentera masih berupaya mengesan pesawat yang terbang rendah dari dicapai oleh radar umum. Kenapa wujudnya radar begini? Ia adalah bagi tujuan keselamatan. Adakah di Malaysia, kita memiliki radar jenis ini? 

8. Terdapatnya andaian bahawa pesawat ini mungkin melintasi lautan Hindi. Di sana terdapatnya satu kem ketenteraan USA yang serba canggih. Untuk sebuah negara yang mana paranoid gila babi terhadap keselamatan dan ketenteraan, walaupun transponder pesawat tersebut dimatikan dan sistem komunikasi mereka dilumpuhkan, bukan kah USA masih mampu mengesan kehadiran pesawat tersebut melalui cara lain? 

Fikir. Semua orang tahu sistem komunikasi seperti transponder akan menyebabkan sesiapa boleh mengesan sesiapa di atas radar. Maka, jika ada mana2 negara yang nak p berperang ke apa ke mereka mungkin akan mematikan transponder mereka supaya pesawat mereka tidak dikesan oleh musuh. Janji mereka dapat kesan pesawat orang lain sudah la. Dan, apakah bodoh sangat negara yang PARANOID pasal tahap keselamatan ini tidak memikirkan kemungkinan ini? Maka, apakah mereka tidak terfikirkan sistem sokongan supaya boleh mengesan apa2 sahaja bendasing yang lalu di atas ruang udara mereka bagi mengelak sebarang kemungkinan?

Rujuk : http://english.astroawani.com/news/show/mh370-pentagon-has-indications-that-the-missing-plane-may-be-in-the-indian-ocean-31811

Oke, kata lah mereka memang ada sistem tersebut. Bukan kah itu boleh merungkai kepada persoalan di atas? Ialah, bila difikir2kan semula, atas sebab apa PENTAGON berani keluarkan kenyataan bahawa pesawat MH370 berada di lautan hindi? Jika mereka boleh mengesan kehadiran pesawat di lautan hindi meskipun tanpa radar, apakah tidak logik untuk mereka mengesan lokasi sebenar pesawat tersebut walaupun tanpa radar? 

9. Yang terakhir. Aku baca di berita, MAS akan menukar kod laluan dari KL - Beijing kepada kod yang baru. MH370 sebenarnya ialah kod penerbangan. Kod baru ialah MH371 dan ia akan mula digunakan pada bulan April ini. Kalau kita perhatikan kereta, mereka ada no plat. Kalau kita perhatikan motor, mereka juga ada no plat. No plat ialah identiti ataupun pengenalan diri kepada kenderaan tersebut. Jika pengenalan diri ini ada pada kenderaan biasa, apakah pengenalan diri yang sama tidak ada pada pesawat MAS? Kalau ada 10 kapal terbang MAS B777, macam mana kita nak bezakan setiap satu? Aku percaya, setiap kapal terbang ini juga pasti ada no pengenalan diri yang boleh jelas terlihat dari luar. Apakah andaian aku ini benar? 

Jadi, oleh kerana dari hari pertama kehilangan kita hanya sebut MH370.. dan bukannya no pengenalan diri PESAWAT ini, maka andaikata pesawat ini dirampas dan berada di mana2 lokasi sekalipun biarpun di tempat terbuka takde sesiapa akan perasan ini ialah pesawat yang hilang memandangkan semua pesawat MAS kita tahu memang lebih kurang serupa. Lainla kalau kita tahu apa no pengenalan dirinya.. macam no plat kenderaan. Ini bukan macam kereta, yang boleh tukar no plat semudah ABC. Ini sembang pasal pengenalan diri pesawat. Rasanya kalaupun mereka mampu tukar no pengenalan diri pesawat (andai ia ada) ia tetap memerlukan satu tempoh tertentu bagi mereliasisasikan perkara tersebut, betul?

Jadi inilah persoalan2 yang bermain di minda aku. Dan aku rasa, aku tak la terikat dengan teori konspirasi ka komplot ka apa ka.. aku masih ada andaian yang lain. Namun melihatkan kepada perkembangan terbaru yang dikemaskini oleh kerajaan kita, seolah2 nak membayangkan berlakunya rampasan maka aku rasa persoalan2 di atas relevant kepada situasi ini. 

Oke bai. Amenoworld.

Kini Najib sekali lagi memperbodohkan diri dengan Bomoh, cuba mengaitkan kehilangan  pesawat ini dengan Anwar dan Kapten Zahairie pula dituduh merampas pesawat ini. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? 

http://greenboc.blogspot.com/2014/03/terkini-tiba-tiba-kapten-zaharie.html

Pada pendapat aku pesawat ni dirampas atau Najib sedang bermain api untuk politik dirinya yang sedang tenat dihimpit oleh Kes Anwar Ibrahim dan Serangan Bertubi-tubi Dari Team Mahathir...........kalo tak masakan Anwar dikatkan sama dengan kes ini. Nampaknya kes ni sama macam Kes Lahad Datu dan lelain kes yang dirancang BN bagi mengalih perhatian rakyat.


Baiklah.

Nampaknya kita sudah ada satu keputusan yang pasti. Sidang media Najib sebentar tadi (pada siang 15/3) telah memberikan kita beberapa maklumat baru dan maklumat2 baru ini adalah maklumat2 yang pasti. Sahih. Bukan spekulasi. Bukan juga andaian ataupun kemungkinan kecuali mengenai satu perkara iaitu rampasan.

Jika selepas ini menteri2 kita membuat kenyataan sebaliknya ataupun u-turn daripada apa yang Najib sebutkan tadi maka sila nantikan respon maki hamun dari rakyat jelata yang nampaknya sampai sekarang masih terpinga2 dan keliru dengan apa yang telah berlaku..

Maklumat yang Najib sebutkan tadi ;


1. Pesawat berpatah balik. Ini bukan lagi satu kemungkinan. Tetapi sudah menjadi satu kepastian. PESAWAT MAS B777 MH370 DISAHKAN TELAH BERPATAH BALIK DARI LALUAN SEPATUTNYA.

2. Isyarat terakhir yang dikesan (ping dari sistem perkomputeran ke atas satelit) dari kapal terbang tersebut ialah pada jam 8.11 pagi. Ini bukan spekulasi sebaliknya maklumat yang telah disahkan oleh kerajaan Malaysia melalui sidang media yang dibuat oleh Najib siang tadi.

3. Perkara ini telah dipersetujui sebulat suara oleh kerajaan Malaysia, FAA, NTSB dan AAIB termasuklah pakar2 yang terlibat dalam operasi mengesan dan menyelamat pesawat MH370.

4. Sistem komunikasi yang terdapat dalam pesawat tersebut telah dimatikan secara sengaja secara berasingan. Ia hanya boleh dimatikan oleh seseorang yang berada dalam pesawat tersebut. 
 
Mula2 sistem ACARS dimati sebelum pesawat tiba di pantai timur. Dan ketika pesawat mula memasuki ruang udara Vietnam, alat yang berfungsi untuk menentukan kedudukan pesawat iaitu transponder pula dimatikan.

5. Semua operasi yang berlaku di laut China Selatan telah dihentikan serta merta.

6. Pasukan pencari kini menumpukan usaha mereka kepada dua lokasi iaitu ;

- Dari utara Thailand hingga ke Kazakhstan.
- Dari Indonesia ke Lautan Hindi.

7. Menurut Najib mereka mempertimbangkan KEMUNGKINAN BERLAKUNYA RAMPASAN yang menyebabkan pesawat tersebut membuat lencongan.

8. Yang pasti, yang sahih dan yang confirm, pesawat tersebut memang telah menukar laluan asal pada kali terakhir dia dikesan melalui radar umum.

Okey.

Ini info2 yang telah disahkan oleh kerajaan. Info sahih nak ulas pun senang. Untuk rekod, rumah pilot Kapten Zaharie mungkin akan digeledah untuk mencari beberapa perkara bagi membantu siasatan.

Setelah menimbangkan, membaca, membandingkan dan meneliti kesemua info2 yang tersebar selama ini maka, aku percaya rakyat Malaysia pasti tertanya2 perkara ini ;

1. Masih ingat tak bila ada kenyataan dari kerajaan kita bahawa mereka telah mengesan satu pesawat yang tidak dapat dipastikan telah melalui ruang udara kita?

Ini rujukan aku ; http://www.sinarharian.com.my/semasa/tudm-kesan-pesawat-tak-dikenali-lepas-mh370-hilang-1.259581

Ini aku. Tugas aku menjaga ruangan udara Malaysia daripada dicerobohi oleh pihak2 tertentu. Satu hari ada sesuatu yang tidak dikenalpasti telah memasuki ruang udara di negara aku. Apa aku buat ketika itu? Biarkan aje kalau ikut jalan cerita di atas.

Korang tak rasa pelik ke? Kalau aku, aku terpaksa cakap, aku rasa pelik. Bayangkan kalau yang masuk tue pesawat yang nak serang Malaysia, tak pasal2 kena bom wa cakap sama lue.

2. Dalam Awani ada la temubual. Dengan pakar la juga. Orang Malaysia. Orang ketenteraan. Ada satu soalan yang wartawan Astro Awani studio tanya dia, apabila pesawat berpatah balik, tidak kah ini menimbulkan tanda tanya kepada pihak yang menjaga station radar ketika itu? Jawapan dia cakap tidak. 
 
Ini kerana yang berpatah balik tue ialah pesawat komersil. Dan mereka memang akan menganggap ia perkara biasa sebab tue pasukan tentera tak berbuat apa2.

Nanti dulu kawan.

- Berapa kerap berlakunya kes pesawat komersil berpatah semula apabila telah berlepas?

- Berapa kerap berlakunya kes pesawat komersil berpatah semula dan kemudian tiba2 hilang dari radar?

Dua keraguan.

Bukan kah sepatutnya perkara ini bukan perkara yang normal apabila pesawat komersil berpatah semula **yang jaga laluan udara negara sepatutnya rasa pelik kenapa tiba2 pesawat ini mengalami masalah? 
 
Kenapa tak contact dan berhubung dengan pesawat tersebut dan kenapa tak hubungi MAS untuk mengetahui maklumat selanjutnya? Kenapa tak cari jawapan untuk kepastian? 
 
Mula2 berpatah balik, kemudian hilang dari radar ia sebenarnya sesuatu yang pelik. Jika aku orang yang jaga laluan trafik udara aku pasti rasa pelik.

Yang menghairankan aku, interview ini disiarkan berulang2 kali di saluran Astro Awani ia ditonton oleh ramai orang, bukan kah ini sekaligus akan memberikan persepsi negatif kepada pasukan ketenteraan negara?

3. Najib mengesahkan bahawa sistem komunikasi dan transponder telah dimatikan dengan sengaja secara berasingan oleh seseorang yang berada di dalam pesawat tersebut. 
 
Dari mana kesimpulan ini diperolehi? Adakah dari laporan satelit yang mengesahkan menerima isyarat ping terakhir yang dikesan dari pesawat tersebut pada jam 8.11 pagi? 
 
Jika ia boleh mengeluarkan isyarat ping bukan kah ini bermaksud kapal terbang tersebut masih berupa mengeluarkan isyarat komunikasi? 
 
Kalau sistem komunikasi lumpuh sepenuhnya bagaimana satelit boleh terima isyarat ping pada jam 8.11 pagi? Adakah berlakunya keadaan ia dibuka ditutup dibuka ditutup?

4. Bukan calang2 orang yang boleh matikan sistem komunikasi dan transponder yang berada dalam kapal terbang. Pertama ia perlukan seseorang yang tahu mengenai sistem perkomputeran pesawat. 
 
Kedua ia memerlukan seseorang yang tahu di mana lokasi dan kedudukan setiap perkara2 yang dia mahu 'usik'. Melalui senarai krew penerbangan dan juga mereka2 yang menaiki pesawat, bukan kah sudah sewajarnya kita mempunyai list yang telah dikecilkan bilangan suspectnya? 
 
Atau, sebenarnya mana2 pihak yang berada dalam penerbangan tersebut tidak layak di anggap suspect disebabkan kekurangan bukti? 
 
Apakah ada kemungkinan ada penceroboh dalam pesawat tersebut? Seseorang yang mana namanya tidak berada dalam pesawat tersebut? Seseorang yang masuk cara lain?

5. Masih ingat lagi tak bahawa ketika pesawat ini mula2 dikatakan hilang dulu telah tersebarnya satu berita yang mengatakan ia telah pun selamat mendarat di Nanning, China. Betul? 
 
Okay, pernah kita terfikir siapakah individu pertama yang sebarkan spekulasi ini? Dan apakah tujuannya spekulasi ini disebarkan? Faham tak? 
 
Telah berlaku sesuatu seperti pesawat hilang.. pesawat hilang bukan perkara yang biasa di Malaysia, jadi sepatutnya kes2 begini kita tak fikir orang akan buat spekulasi liar ketika di permulaan kisah.. lainla macam kes politik ka, kes artis ka, kes mengarut2 ka memang la dah normal. 
 
Jadi, sejurus ia dikatakan hilang pada pagi sabtu, jam 1.40 selepas itu juga dalam beberapa jam selepas itu kita lihat ada berita yang melaporkan pesawat tersebut telah disahkan mendarat di Nanning.

Apa yang aku buat?

- Mula2 aku petik ayat di atas. Aku petik dari Pesawat dampai ke sebentar tadi. Ayat sebijik2 aku tiru. Huruf besar, huruf kecik, ringkasan semua aku tiru.

- Then aku google ayat tersebut.

- Aku dapati, hanya ada satu media saja yang melaporkan perkara tersebut iaitu TV3.

- Dari mana TV3 mendapatkan berita tersebut?

- Ini satu misteri yang amat2 misteri pada aku.

- Di saat PDRM dan SKMM sound rakyat awam agar jangan sebar spekulasi, rupa2nya isu pesawat telah selamat mendarat di Nanning sebaran dia bukan datang dari manusia biasa2.. dari tv3 sendiri. Kenapa TV3 boleh buat cerita macam tue?

Untuk rekod, disebabkan spekulasi ini la, rakyat agak 'delay' untuk mengambiltahu cerita susulan mengenai pesawat tersebut. Ia mengambil masa sehingga petang ke malam untuk seluruh rakyat benar2 alert bahawa pesawat yang hilang itu TIDAK MENDARAT DI NANNING.

6. Kali terakhir pesawat tersebut diselanggara ialah pada 23/2/2014. Ia mula hilang pada 8/3. 12 hari sebelum ia hilang. Ini disahkan oleh pengarah DCA yang buat sidang media. 
 
Katanya lebih kurang 2 minggu pesawat tersebut telah pun diba Dalam proses penyelenggaraan sesiapa yang terlibat dalam kerja2 penyelenggaraan boleh keluar masuk periksa dan sebagainya untuk memastikan pesawat tersebut berada dalam keadaan yang baik, betul? 
 
Siapakah individu2 yang terlibat dalam proses penyelenggaraan ini? Sudah kah pihak berkuasa memanggil mereka dan kuaratinkan mereka bagi tujuan soal siasat? 
 
Apakah ada kemungkinan sistem pesawat tersebut telah digodam / di ubah suai sehinggakan tiada sesiapa pun yang perasan telah berlakunya sesuatu ke atas sistem penerbangan pesawat tersebut atas sesuatu tujuan?

7. Untuk rekod, pesawat yang terbang rendah boleh menghilangkan diri dari dikesan oleh radar. Namun, radar ketenteraan berbeza dari radar kebiasaan. Ada sesetengah radar tentera masih berupaya mengesan pesawat yang terbang rendah dari dicapai oleh radar umum. 
 
Kenapa wujudnya radar begini? Ia adalah bagi tujuan keselamatan. Adakah di Malaysia, kita memiliki radar jenis ini?

8. Terdapatnya andaian bahawa pesawat ini mungkin melintasi lautan Hindi. Di sana terdapatnya satu kem ketenteraan USA yang serba canggih. 
 
Untuk sebuah negara yang mana paranoid gila babi terhadap keselamatan dan ketenteraan, walaupun transponder pesawat tersebut dimatikan dan sistem komunikasi mereka dilumpuhkan, bukan kah USA masih mampu mengesan kehadiran pesawat tersebut melalui cara lain?

Fikir. Semua orang tahu sistem komunikasi seperti transponder akan menyebabkan sesiapa boleh mengesan sesiapa di atas radar. 
 
Maka, jika ada mana2 negara yang nak p berperang ke apa ke mereka mungkin akan mematikan transponder mereka supaya pesawat mereka tidak dikesan oleh musuh. 
 
Janji mereka dapat kesan pesawat orang lain sudah la. Dan, apakah bodoh sangat negara yang PARANOID pasal tahap keselamatan ini tidak memikirkan kemungkinan ini? 
 
Maka, apakah mereka tidak terfikirkan sistem sokongan supaya boleh mengesan apa2 sahaja bendasing yang lalu di atas ruang udara mereka bagi mengelak sebarang kemungkinan?

Rujuk : http://english.astroawani.com/news/show/mh370-pentagon-has-indications-that-the-missing-plane-may-be-in-the-indian-ocean-31811

Oke, kata lah mereka memang ada sistem tersebut. Bukan kah itu boleh merungkai kepada persoalan di atas? Ialah, bila difikir2kan semula, atas sebab apa PENTAGON berani keluarkan kenyataan bahawa pesawat MH370 berada di lautan hindi? 
 
Jika mereka boleh mengesan kehadiran pesawat di lautan hindi meskipun tanpa radar, apakah tidak logik untuk mereka mengesan lokasi sebenar pesawat tersebut walaupun tanpa radar?

9. Yang terakhir. Aku baca di berita, MAS akan menukar kod laluan dari KL - Beijing kepada kod yang baru. MH370 sebenarnya ialah kod penerbangan. Kod baru ialah MH371 dan ia akan mula digunakan pada bulan April ini. 
 
Kalau kita perhatikan kereta, mereka ada no plat. Kalau kita perhatikan motor, mereka juga ada no plat. No plat ialah identiti ataupun pengenalan diri kepada kenderaan tersebut. Jika pengenalan diri ini ada pada kenderaan biasa, apakah pengenalan diri yang sama tidak ada pada pesawat MAS? 
 
Kalau ada 10 kapal terbang MAS B777, macam mana kita nak bezakan setiap satu? Aku percaya, setiap kapal terbang ini juga pasti ada no pengenalan diri yang boleh jelas terlihat dari luar. Apakah andaian aku ini benar?

Jadi, oleh kerana dari hari pertama kehilangan kita hanya sebut MH370.. dan bukannya no pengenalan diri PESAWAT ini, maka andaikata pesawat ini dirampas dan berada di mana2 lokasi sekalipun biarpun di tempat terbuka takde sesiapa akan perasan ini ialah pesawat yang hilang memandangkan semua pesawat MAS kita tahu memang lebih kurang serupa. 
 
Lainla kalau kita tahu apa no pengenalan dirinya.. macam no plat kenderaan. Ini bukan macam kereta, yang boleh tukar no plat semudah ABC. 
 
Ini sembang pasal pengenalan diri pesawat. Rasanya kalaupun mereka mampu tukar no pengenalan diri pesawat (andai ia ada) ia tetap memerlukan satu tempoh tertentu bagi mereliasisasikan perkara tersebut, betul?

Jadi inilah persoalan2 yang bermain di minda aku. Dan aku rasa, aku tak la terikat dengan teori konspirasi ka komplot ka apa ka.. aku masih ada andaian yang lain. Namun melihatkan kepada perkembangan terbaru yang dikemaskini oleh kerajaan kita, seolah2 nak membayangkan berlakunya rampasan maka aku rasa persoalan2 di atas relevant kepada situasi ini.

Oke bai. Amenoworld.

Kini Najib sekali lagi memperbodohkan diri dengan Bomoh, cuba mengaitkan kehilangan pesawat ini dengan Anwar dan Kapten Zahairie pula dituduh merampas pesawat ini. Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

http://greenboc.blogspot.com/2014/03/terkini-tiba-tiba-kapten-zaharie.html

Pada pendapat aku pesawat ni dirampas atau Najib sedang bermain api untuk politik dirinya yang sedang tenat dihimpit oleh Kes Anwar Ibrahim dan Serangan Bertubi-tubi Dari Team Mahathir...........kalo tak masakan Anwar dikatkan sama dengan kes ini. 
 
Nampaknya kes ni sama macam Kes Lahad Datu dan lelain kes yang dirancang BN bagi mengalih perhatian rakyat.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.