Menurut Nazri, pihak kementerian mengambil tindakan menghentikan segala jelajah promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 bagi menghormati perasaan dan sensitiviti ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370.
"Tindakan diambil oleh Kementerian Pelancongan buat masa ini kita menghentikan jelajah promosi Tahun Melawat Malaysia khususnya di China sehingga lokasi penerbangan pesawat dapat dikesan," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kemudiannya berkata kementerian perlu melihat dari sudut postif untuk menarik pelancong.
"Saya rasa kementerian perlu lihat dari sudut positif apabila kita lihat negara Thailand biarpun negara mereka bergolak tiap-tiap hari ada demostrasi namun pelancong tetap ada," katanya.
Beliau yang memberi contoh di negara Thailand demostrasi yang berlaku tidak menyaksikan penurunan jumlah pelancongan.
Nazri dalam jawapan penggulungan berkata untuk membandingkan insiden MH370 dengan apa yang berlaku di negara Thailand merupakan dua perkara berbeza.
Katanya insiden MH370 boleh dianggap sebagai satu tragedi namun di negara Thailand apa yang berlaku adalah atas kehendak rakyat mereka sendiri.
"Saya tidak pernah kata demostrasi penyebab pelancong tidak datang kenyataan itu bukan datang daripada saya.
"Ada perbezaan peristiwa Thailand dengan MH370 kerana apa yang berlaku adalah kehendak rakyat mereka namun kita tidak boleh memperhebatkan promosi tanpa ada perasaan tidak bersalah," katanya.
Beliau juga turut menyifatkan perasaan keluarga penumpang MH370 berbangsa Cina dan berasal dari negara China lebih sensitif daripada tempatan.
"Rakyat Malaysia pula lebih bertenang namun reaksi keluarga China kita lihat dan emosinya lebih kuat, kalau kita teruskan juga maka tidak sensitif kita dengan situasi mereka," katanya. – 24 Mac, 2014.
Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.