Followers

Friday, March 28, 2014

PARLIMEN : Apa Kata Menteri Zahid Hamidi ?




Minggu ini adalah waktu bagi menteri memberi jawapan kepada ucapan dasar Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Pada minggu lepas, saya membidas komen beberapa menteri UMNO terhadap klip video Onederful Malaysia saya. Saya juga mengkritik komen Menteri Dalam Negeri yang berkata polis tidak perlu siasat laporan polis terhadap ugutan NGO Islam yang beri hadiah kepada orang yang menampar saya. Saya menyeru beliau menghadiri kursus undang-undang jenayah.

Petang ini, saya tunggu giliran Zahid Hamidi untuk menjawab ucapan Ahli Parlimen. Saya memang menanti-nantikan jawapannya kepada saya. Tetapi kesalnya Zahid Hamidi langsung tidak menjawab isu dan kritikan saya dalam ucapan penggulungannya.

Saya pun berdiri mendesak beliau menjawab isu yang saya bangkitkan, tetapi beliau buat bodoh dan meninggalkan tempat duduknya di dalam dewan tanpa pandang pada saya. Saya rasa hairan, kecewa dan marah pada waktu itu.

Selepas beritahu kawan saya tentang cara Zahid Hamidi mengelakkan soalan dan ucapan saya di Parlimen. Kawan saya berkata ini menunjukkan Zahid Hamidi tidak dapat jawab soalan saya, he has nothing to say, don't know what to say.......

Oh .... Ya, betul lah!

oleh saya, hentikan ucapan penggulungan ya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.