Followers

Thursday, March 6, 2014

Panas!!! Sabah Sarawak Akan Berpisah Dari Semenanjung?? Adakah Kerana Politik Ketuhanan Melayu Terlalu Menebal Di Semenanjung


Ahli politik Sabah memberi amaran kepada Putrajaya supaya memenuhi Perjanjian Malaysia pada 1963 atau benarkan Sabah dan Sarawak berpisah daripada semenanjung Malaysia.

Ketua Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang termiskin dalam negara dan tidak mendapat peruntukan pembangunan yang banyak.

Pentarafan ke bawah Sabah dan Sarawak sebagai negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaysia bertentangan dengan apa yang dirancang pada 1963 sebagai rakan setaraf.

Pemerkosaan dan penjarahan berterusan terhadap kekayaan minyak dan sumber Sabah dan Sarawak selain peruntukan pembangunan yang kecil tidak lagi boleh dibiarkan.

Walaupun pada masa amat diperlukan, rakyat Sabah dan Sarawak dilayan tidak sama adil dengan rakyat Malaysia di semenanjung,” katanya, mengulas tulisan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengenai peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.

Arifin menulis mengenai perkara itu dalam bukunya yang bertajuk Hak Perlembagaan Sabah dan Sarawak yang dilancarkan baru-baru ini. Perjanjian Malaysia perlu dilaksanakan dan dipenuhi.

Bukan sahaja terma dan syarat pembentukan Malaysia seperti terkandung dalam perjanjian 1963 dan beberapa dokumen serta jaminan lisan dan janji tidak dipenuhi, ada banyak pindaan perlembagaan yang dibuat menghakis hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin “dua negara perlu fokus dan bercakap dengan satu suara”.

Katanya, pendirian bersama negeri Borneo di Malaysia sepatutnya tidak diletakkan sebarang terma.

Pendirian lain akan memberikan pemimpin persekutuan Malaya tanggapan yang salah dan andaian bahawa Sabah dan Sarawak tidak serius terhadap tuntutan untuk terma dalam pembentukan Malaysia dipenuhi.

“Mereka akan terus kekal selesa dalam pejabat mereka di Putrajaya dan tidak peduli kepada penduduk Sabah dan Sarawak hingga tiba waktu pilihan raya,” katanya.

Kitingan juga bercakap mengenai janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibuat kepada rakan gabungan Barisan Nasional (BN) di Sarawak bahawa akan ada rombakan Kabinet selepas Perhimpunan Agung Umno pada awal Disember 2013.

Rombakan itu adalah bagi menyelesaikan rasa tidak puas hati ahli Parlimen dari Sarawak terhadap agihan jawatan menteri selepas pilihan raya umum lalu.

"Najib gagal melakukan rombakan Kabinet,” katanya.

Kitingan mencadangkan bahawa mungkin parti BN Sarawak dengan sokongan Yang Dipertua Negeri baharu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di belakangnya patut meninggalkan BN dan lihat apa yang akan berlaku memandangkan perdana menteri tidak melihat desakan untuk mempertimbangkan kepentingan parti BN di Borneo.

Beliau berkata, jika perkara itu berlaku, tidak mengejutkan jika perdana menteri, timbalan perdana menteri dan pemimpin tinggi di Umno termasuk bekas perdana menteri akan beratur ke Kuching untuk memujuk komponen BN di Sarawak dan gabenor jangan membuang BN.

Kitingan berkata, layanan buruk kepada rakyat Sabah dan Sarawak boleh dilihat menerusi bantuan banjir daripada persekutuan, baru-baru ini.

“Di semenanjung, bantuan tunai dan pelbagai lain dicurahkan daripada pelbagai kementerian dan pihak lain sementara Sabah dan Sarawak terima hampir tidak ada apa-apa daripada kerajaan persekutuan.

“Selepas 50 tahun dilihat sebagai tidak penting dan menjadi mangsa, Perjanjian Malaysia dan semua janji serta jaminan perlu dilaksanakan dan dipenuhi,” katanya.

Kitingan berkata, ada peruntukan untuk menyemak perjanjian itu selepas 10 tahun, tetapi selepas 40 tahun berlalu, tiada apa yang dilakukan.

“Usul untuk membincangkan perkara itu di Parlimen juga ditolak kerana ia dikatakan tidak penting dan tidak mendesak.

“Jika selepas 50 tahun, ia masih tidak mendesak, jangan harap rakyat Sabah dan Sarawak akan menunggu 50 tahun lagi untuk ia jadi penting,” katanya.

Kitingan memberi amaran bahawa rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak kini berada di penghujungnya dan ramai yang mahu Sabah dan Sarawak memilih keluar daripada Malaysia.

“Sentimen mereka kini dipanaskan lagi dengan mereka yang taksub terhadap ultra Melayu dan agama yang asyik berkeras menyatakan Malaysia adalah tanah untuk Melayu dan bangsa lain dihalau keluar,” katanya.

Kitingan berkata, jika Najib serius dengan rancangkan rekonsiliasi nasional, semakan dan pelaksanaan termas dan syarat pembentukan Malaysia perlu disertakan.

“Jika tidak, seperti Singapura pada 1965, pasti ada perpisahan secara persahabatan untuk negeri di Borneo,” katanya. TMI



Ini dialah akibatnya kalau sibuk menjaja ketuhanan melayu. Rakyat di Sabah dan Sarawak suatu hari mesti akan terasa. Aku melayu juga tapi takdelah sampai ketahap mengangkat ketuhanan melayu. Mana ada ketuhanan melayu, tuhan Allah SWT yang satu.

UMNO bagi dana dekat PERKASA semata-mata untuk memecah belahkan rakyat. Mengangkat ketuhanan melayu. Yang Najib pula pernah berjanji nak rombak kabinet tapi dia mungkir.

 

Tikaqbuloh.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.