Followers

Wednesday, March 12, 2014

Najib beli ayam RM1 ja..Rosmah pi Dubai sekali ngap RM400,000..Porrah!

 
Najib ulas isu pesawat Mas MH370 hilang jadi misteri dengan berkata isu ni jadi iktibar kepada kita ,pengajaran untuk kita masa hidup susah dan senang ..ni semua ketentuan qada dan qadar ilahi..dalam Tv Al Hijrah.

Tengok-tengok bini Najib Rosmah Mansor dalam masa yang sama didedahkan perabih duit ke Dubai tahun lepas Rm400,000 yang didedahkan dalam parlimen hari ni.Balun duit rakyat suka hati qada dan qadar ilahi ka?

KOS ROSMAH KE QATAR LEBIH RM 400,000-Malaysiakini.

MP Seremban, Anthony Loke hari ini mempertikaikan perbelanjaan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya ke Qatar pada tahun lalu yang menelan belanja lebih RM400,00 seperti disahkan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau merujuk kepada soalannya yang dijawab Shahidan (kanan), yang menjelaskan bahawa kos penerbangan Rosmah ke 4th Qatar International business Women Forum pada November lalu sebanyak RM426,489.46.

Shahidan menjelaskan kos itu terdiri daripada kos bahan api sebanyak RM196,614.31 dan RM229,875.15 untuk kos navigasi, terbang lintas dan agen pengendalian darat.

Menurut Loke, ia adalah satu pembaziran apabila dibandingkan dengan tiket pergi balik kelas bisnes menggunakan penerbangan Qatar Airways dan Malaysian Airlines.

"Di mana moral dia (Najib) cari ayam RM1 tetapi isteri dia menggunakan perbelanjaan kerajaan secara keterlaluan," katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan Najib membeli ayam berharga RM1 seekor sewaktu menyampaikan anugerah kedai harga patut kepada pasar raya besar NSK, semalam.

Posted by MISAIMERAH.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.