Followers

Saturday, March 29, 2014

MH370 HANYA TERGANTUNG DI LAUTAN HINDI..... TIADA BAHAN BUKTI....TIADA SEBAB DAN TERUS JADI MESTERI......

ADAKAH KEJADIAN INI DAPAT MENYEDARKAN RAKYAT MALAYSIA???...........

Mampukah pesawat MH370 membawa perubahan politik?

Mampukah lanskap dan perpecahan politik dalam Malaysia berubah selepas pengajaran yang diterima daripada krisis dan tragedi MH370.

Adakah rakyat Malaysia masih mahu mencari kesalahan sesiapa secara politik selepas krisis MH370?

Seorang penulis di laman web Al Jazeera berkata, pada masa ini ramai yang letih daripada segi emosi dengan apa yang berlaku dan apabila tiba saat semua jawapan terjawap dan kekeruhan jadi jernih, kehidupan pastinya sudah berjalan seperti biasa di Malaysia.

“Sebaik saja tragedi itu selesai, bolehkah pengajaran di sebaliknya menjadi pemangkin kepada perubahan politik, atau sesuatu yang menyedarkan, yang amat Malaysia perlukan sekarang?

“Adakah rakyat Malaysia akan mendesak jawapan lebih baik daripada kerajaan bermula sekarang – dan apa yang lebih penting bolehkah pemerintah yang elit sekarang berkhidmat lebih baik?” kata penulis sambilan, Zarina Banu dalam Al Jazeera minggu ini.

Beliau berkata, komunikasi bercanggah dan tidak cekap mengenai pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika ia hilang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, masih belum ada bangkai atau serpihan dijumpai.

Tetapi, katanya, rakyat Malaysia berpecah mengenai cara kepimpinan mengendalikan kejadian malapetaka itu – rekahan yang mencerminkan secara maya politik terbahagi 50-50 di antara kerajaan dan pembangkang.

29 Mac 2014.

PANAS! JANGAN BIARKAN KEHILANGAN MH370 JADI TERGANTUNG SEPERTI KES ALTANTUYA?

ADAKAH KEHILANGAN MH370 HANYA TERGANTUNG DI LAUTAN HINDI.....
TIADA BAHAN BUKTI....TIADA SEBAB DAN TERUS JADI MESTERI......

ADAKAH KEJADIAN INI DAPAT MENYEDARKAN RAKYAT MALAYSIA???...........

Mampukah pesawat MH370 membawa perubahan politik?

Mampukah lanskap dan perpecahan politik dalam Malaysia berubah selepas pengajaran yang diterima daripada krisis dan tragedi MH370.

Adakah rakyat Malaysia masih mahu mencari kesalahan sesiapa secara politik selepas krisis MH370?

Seorang penulis di laman web Al Jazeera berkata, pada masa ini ramai yang letih daripada segi emosi dengan apa yang berlaku dan apabila tiba saat semua jawapan terjawap dan kekeruhan jadi jernih, kehidupan pastinya sudah berjalan seperti biasa di Malaysia.

“Sebaik saja tragedi itu selesai, bolehkah pengajaran di sebaliknya menjadi pemangkin kepada perubahan politik, atau sesuatu yang menyedarkan, yang amat Malaysia perlukan sekarang?

“Adakah rakyat Malaysia akan mendesak jawapan lebih baik daripada kerajaan bermula sekarang – dan apa yang lebih penting bolehkah pemerintah yang elit sekarang berkhidmat lebih baik?” kata penulis sambilan, Zarina Banu dalam Al Jazeera minggu ini.

Beliau berkata, komunikasi bercanggah dan tidak cekap mengenai pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika ia hilang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, masih belum ada bangkai atau serpihan dijumpai.

Tetapi, katanya, rakyat Malaysia berpecah mengenai cara kepimpinan mengendalikan kejadian malapetaka itu – rekahan yang mencerminkan secara maya politik terbahagi 50-50 di antara kerajaan dan pembangkang.

“Di kawasan luar bandar, populasi yang bergantung kepada kerajaan percaya kerajaan melakukan kerja terbaik. Demografi ini mendorong kepada Umno, parti Melayu yang memerintah dan ditunjukkan oleh betapa tenangnya pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein, yang tabah berdepan dengan media dunia.

“Hakikatnya, ramai rakyat Malaysia berpendapat media antarabangsa memberikan laporan yang tidak wajar. Malam demi malam, emosi ahli keluarga warga China disiarkan di media negara itu, sementara Amerika Syarikat (AS) menerusi parti Republican dan Democrat mendesak pembabitan yang lebih AS dalam mencari dan penyiasatan tragedi itu,” tulis Zarina.

Beliau berkata, rakyat Malaysia berpendapat syarikat penerbangan negara itu bersusah payah melayan keluarga 239 penumpang pesawat Boeing 777 itu dengan baik dan penuh sensitiviti.

Malaysia Airlines, yang hingga kini memegang reputasi sebagai antara syarikat penerbangan terbaik di Asia Tenggara adalah kebanggaan ramai rakyat Malaysia, katanya.

Tetapi, Zarina berkata, populasi Malaysia di kawsan bandar yang lebih bersikap analitikal adalah lebih sinikal.

“Apabila masuk hari ke-19 tragedi itu, mereka mahu tahu mengapa, di sebalik semua kelengkapan komunikasi terhebat abad ke-21, Malaysia dengan semua negara yang membantu, boleh “hilang” pesawat itu.

“Kegagalan Tentera Udara Diraja Malaysia memintas pesawat itu menyebabkan ramai rakyat Malaysia rasa tidak selamat dan malu dengan kekurangan pasukan tentera mereka,” katanya.

Pakatan Rakyat menekan kerajaan di Parlimen mengenai pasukan tentera, dan mereka dikatakan memainkan politik partisan ketika tragedi melanda, tulis Zarina.

“Pesongan mencari kesalahan dan kesombongan dalam kepimpinan Malaysia pada hari-hari awal kekecohan itu menyakitkan dan mengingatkan kepada sikap parti pemerintah, Umno dan gabungannya.

“Bangsa dan agama digunakan setiap hari untuk memecahkan hubungan antara tiga kumpulan etnik. Hari ini, tidak seperti zaman 1970-an dan 1980-an, amat sedikit pergaulan antara Melayu, India dan Cina.

“Negara itu kini mempunyai guru Melayu yang menyuruh generasi ketiga, keempat dan kelima kaum Cina dan India yang lahir di Malaysia untuk balik ke negara nenek moyang mereka,” tulisnya.

Beliau berkata, Malaysia menjadi rumah kepada populasi muda – iaitu daripada 29 juta orang, kira-kira 11.5 juta berumur antara 10 hingga 29 dan ramai yang menggunakan media sosial untuk “meluahkan kesedihan dan menekan kerajaan untuk berubah daripada pemikiran lama”.

“Tetapi tanpa fraktur institusi dan perubahan kerajaan, sejauh manakah kehilangan pesawat itu mencetuskan reformasi politik yang kukuh?

“Pembangkang akan terus mendesak jawapan mengenai bagaimana pesawat itu tidak dikesan untuk masa yang lama, tetapi sama ada kerajaan boleh memberikan maklum balas yang boleh dipercayai dipertikaikan.

“Sebaik saja kehangatan tragedi ini berakhir dan media antarabangsa meninggalkan Kuala Lumpur untuk ke tempat lain, kerajaan tidak syak lagi akan kembali kepada cara lamanya,” tulis Zarina.

“Adakah rakyat Malaysia akan mencari kesalahan politik selepas krisis itu? Pada masa ini, ramai yang letih daripada segi emosi. Mereka tidak pernah mengalami trauma seperti ini yang mendapat perhatian dunia.

“Sama seperti keluarga mereka, rakyat Malaysia mengharapkan bukti kukuh pesawat itu dan apa yang membuatnya terhempas akan memberikan penutup kepada tragedi itu.

“Hanya pada ketika itu mereka boleh mula melihat kepada kesannya. Tetapi, hingga tiba waktu itu, ia mungkin sudah terlalu lewat dan daripada malapetaka itu bertugas sebagai pemangkin perubahan, keadaan sudah menjadi seperti biasa,” katanya.

Kedahkini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.