Followers

Thursday, March 27, 2014

MH370: Bung Mukhtar Pulak Cari Pasal Dengan Cina

Wednesday, March 26, 2014

Dia ni memang dah terkenal dengan mulut 'cibai' 

Dahlah tunjuk perangai diparlimen dulu macam ungka
Tak kira lawan tak kira kawan dia tibailah konon....
Tapi aku heran orang sabah masih undi dia

MCA: Bung Moktar cuba gambar Cina 'tak matang'
Naib presiden MCA Datin Chew Mei Fun mendakwa MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin cuba membangkit isu kaum apabila mencadangkan Internet ditapis untuk membendung spekulasi berhubung isu pesawat Malaysia Airlines MH370.

Chew berkata, Bung Moktar cuba menggambarkan kaum Cina dan rakyat Malaysia sebagai golongan “tidak terkawal” dan “tidak matang” dalam ucapannya semalam di Dewan Rakyat."Jika Bung Moktar tiada perkara positif untuk dikatakan, tutup saja mulut,” katanya.

Beliau menambah, cadangan itu juga akan menguatkan lagi dakwaan Pakatan Rakyat bahawa BN cuba membendung kebebasan media.

Chew turut menggesa agar Kelab Penyokong Kerajaan BN tidak lagi "menyalahgunakan" kekebalan Parlimen untuk "melahirkan ucapan menghasut".

Bung Moktar dalam ucapannya berkata spekulasi di Internet tentang nasib MH370, yang mungkin berasal dari Malaysia, boleh menyebabkan berlaku rusuhan dan serangan terhadap rakyat Malaysia.

"Melihat perkara ini, saya menyeru kerajaan supaya berhemah atau mengawal segala maklumat di Internet, walaupun rakyat kita tidak mahu kawalan.

"Tetapi isu ini terlalu sensitif dan perlu dibendung. Jika tidak, tidak mustahil berbilion-bilion warga China akan berperang dengan kita. Di mana kita akan pergi?," soal Bung Moktar. - sumber


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.