Followers

Monday, March 24, 2014

Memang Patut Pun Sultan Mirzan Tolak Dia Sebagai MB !!

Datuk Seri Idris Jusoh berkata kerajaan tidak akan menghalang mana-mana pihak mengambil keputusan menghantar anak mereka ke luar negara kerana tidak meyakini sistem pendidikan di Malaysia
 
Datuk Seri Idris Jusoh berkata kerajaan tidak akan menghalang mana-mana pihak mengambil keputusan menghantar anak mereka ke luar negara kerana tidak meyakini sistem pendidikan di Malaysia.

Pada masa itu, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana ia tidak membawa perubahan menyeluruh dan hanya menumpukan perubahan pentadbiran. 

Jawatankuasa merumuskan bahawa pelan berkenaan gagal menangani kebimbangan sebelum ini malah ia tidak bersifat "transformasi" dan tidak memberi keyakinan sistem pendidkan di Malaysia akan bertambah baik di bawah pelan ini.

===

Kelemahan pertama ialah kementerian enggan mendedahkan skim markah untuk lulus peperiksaan Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, dan Bahasa Inggeris dalam SPM kononnya dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Jika markah kelulusan ini dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi, mungkinkah markah kelulusan untuk peperiksaan Bahasa Inggeris SPM akan diturunkan tanpa pengetahuan umum apabila mata pelajaran itu wajib lulus peperiksaan  pada 2016?

Kelemahan kedua yang digariskan adalah kementerian gagal bertindak terhadap insiden kantin dalam bilik mandi di SK Seri Pristina dengan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan bukan sahaja menyifatkan peristiwa ini sebagai masalah kecil malah polis menyoal siasat murid di sekolah itu tanpa keizinan penjaga.

Kelemahan ketiga adalah kementerian gagal menjawab dakwaan Diploma Pendidikan Jasmani dianugerahkan kepada guru oleh Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA) di bawah program Kementerian Pendidikan yang bukan sahaja terlalu mahal dengan kos RM27,000 seorang untuk program selama 6 bulan malah hanya  program tahap sijil dan bukan diploma.

Kelemahan keempat dalam PPPM ialah kementerian gagal bertindak terhadap beberapa guru besar yang didapati menjual tablet kunyah bernama ‘Dimensi 108’ kononnya mendapat sokongan Majlis Guru Besar Daerah Mersing dan Kota Tinggi.

Kelemahan kelima yang digariskan JPPR ialah kementerian gagal memberi penjelasan mengapa syarikat YTL yang tiada pengalaman dalam penghasilan perisian pendidikan ataupun pembuatan perkakasan komputer telah diberikan kontrak bernilai tinggi untuk memasangkan platform pembelajaran maya (VLE) bagi kegunaan murid, guru dan ibu bapa serta membekalkan setiap murid dengan Chromebook di bawah dasar 1 Murid 1 Komputer.

Kelemahan keenam yang kami dapati ialah kementerian gagal memberi tempat kepada 460 graduan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) di sekolah jenis kebangsaan yang masih kekurangan guru.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/idris-jusoh-hantar-anak-ke-luar-negara-jika-tidak-bersetuju-dengan-pelan-pe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.