Nampaknya mereka masih enggan bersara dari politik.
Pada 2008, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil keputusan untuk berehat dari politik untuk meluangkan masa dengan cucu beliau apabila dia melepaskan kerusi Permatang Pauh kepada suami beliau.
Malahan, beliau sedang bersedia untuk bersara dari politik, setelah
mengumumkan niatnya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden PRK
beliau tahun ini.
Namun tapi, Azizah yang lebih dikenali sebagai Kak Wan perlu menggantung niatnya itu, demi PKR kalaupun tidak demi Pakatan Rakyat.
Dengan penjatuhan hukuman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri, ibu dan nenek ini perlu sekali lagi menggalas tugas yang pernah digalasnya dahulu dengan komitmen yang tinggi, sewaktu Reformasi 1998.
Hari ini Anwar menamakan isteri beliau ini sebagai penggantinya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang.
Beliau memberitahu pemberita yang Azizah adalah pilihan sebulat suara PKR dan pencalonan ini turut disokong pemimpin Pakatan yang lain.
Penasihat DAP kebangsaan, Lim Kit Siang turut ada bersama Anwar dan Azizah pada majlis itu, bersama-sama veteran PKR dan PAS bagi memberikan sokongan.
Tetapi bolehkah Azizah melakukan lebih baik, atau dia akan terpaksa menuruti rancangan yang ditetapkan Serampang Kajang?
Tiada keraguan yang Azizah adalah calon yang lebih baik berbanding suami beliau, jika dilihat dari personaliti. Beliau calon yang bersih, dan tidak dapat diserang siapa-siapa.
Sudah tentu beliau tiada imej dan pengaruh suaminya, tetapi bagi Kajang yang berbilang bangsa dan majoriti berpendapatan sederhana, ini dapat diimbangi imej keibuan beliau. Malahan beliau turut memiliki reputasi sebagai wanita Malaysia yang berdikari.
Pengundi di Kajang yang dahulunya tidak pasti dengan Anwar berkemungkinan mengundi Azizah, dan beliau dijangka turut mendapat undi wanita.
Namun calon MCA juga seorang wanita, dan ini bakal menjadikannya sengit. Desas-desus BN menyatakan yang Datuk Paduka Chew Mei Fun sekarang perlu berusaha lebih gigih, walaupun bukan untuk mendapat kemenangan, tetapi bagi mendapatkan jumlah undian yang agak baik pada 23 Mac.
Pembatalan kelayakan Anwar turut membuat Datuk Zaid Ibrahim menarik dari dari bertanding.
Beliau sebelum ini telah mengumumkan yang beliau ingin menggunakan pilihanraya kecil Kajang ini sebagai peluang memberitahu rakyat mengenai “dosa-dosa” Anwar, dan menyelamatkan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Dengan ketiadaan Anwar, jelas yang Serampang Kajang, apapun tujuan dan niatnya, telah direncatkan.
Azizah berkemungkinan tidak meminati jawatan MB, jadi Khalid terselamat buat masa ini. Mesti dinyatakan juga yang Khalid mendapat sokongan Azizah untuk kekal sebagai MB pada PRU13 Mei tahun lalu.
Khalid juga boleh menjadi timbalan Azizah selepas pemilihan parti PKR, kerana beliau telah pun menyatakan niat beliau untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden.
Buat masa ini, Khalid dijangka akan menyokong penuh Azizah bagi memastikan kemenangan beliau di Kajang. Dan Khalid masih lagi pengarah operasi PKR bagi pilihanraya ini.
Perkembangan terbaru ini pasti memberi kesan terhadap pesaing Khalid, Azmin Ali dan perancangannya.
Sekali lagi, masa depan PKR dan kejayaan mereka terletak di bahu Azizah.
Seperti mana Azizah memberikan semangat kepada delegasi Pakatan dalam konvensyen mereka semalam dengan ucapannya; “Keringkan air mata, kita mara”, Kak Wan juga tiada masa untuk bersedih. Kekuatan dan kecekalan beliau sangat diperlukan pada masa ini.
Tumpuannya sudah pasti Kajang, di mana penamaan calon pilihan raya kecil ini akan dilakukan tidak sampai 48 jam dari sekarang.
Oleh Francis Paul Siah

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.