“Laporan apa ni? Kalau nak sedih ramai lagi sedih,” kata beliau dipetik Malaysiakini sewaktu berceramah di Kampung Baru Sungai Chua semalam.
Akhbar tabloid United Kingdom Daily Mail melaporkan bahawa Zaharie seorang ‘fanatik politik’ dan ‘aktivis sosial yang lantang’ semalam.
Daily Mail juga melaporkan Zaharie menghadiri keputusan perbicaraan liwat Anwar, beberapa jam sebelum menerbangkan pesawat malang itu.
Anwar turut menyalahkan pentadbiran lemah PM Datuk Seri Najib Razak dan Umno sehingga pelbagai perkara negatif dimainkan media antarabangsa.
Najib dan kabinet beliau lemah dan mengeluarkan kenyataan bercanggah sehingga menjejaskan imej Malaysia di mata dunia, kata Anwar.
Beliau turut menyelar cubaan Najib tidak membenarkan sebarang soalan ketika mengadakan sidang media 15 Mac lalu, lapan hari selepas kehilangan MH 370. Najib sudah biasa mengawal media negara ini dan tidak berani berhadapan dengan media antarabangsa.
“Yang datang itu New York Times, Xinhua China, Hindustan Times, Jakarta Post. Dia (Najib) tak berani,” kata beliau, lapor Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.