Followers

Wednesday, March 12, 2014

DIMANA SCORPENE? Tiada kapal selam digunakan - Panglima TLDM

 
PETALING JAYA - Tiada kapal selam digunakan dalam operasi mencari dan mengesan #dimanaMH370 yang hilang, kata Panglima Tentera Laut Laksamana, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Katanya, ini kerana kapal selam tidak sesuai melakukan tugas itu kerana ia hanya dilengkapi sistem sonar pengesan yang terhad dan tidak berupaya mengesan
objek statik di dasar laut.

"Sonar yang dipasang pada kapal selam tidak mampu mengesan atau menjejak apa-apa objek berada di paras laut, ia hanya mampu mengesan objek yang bergerak atau yang mengeluarkan bunyi," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Kawalan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam di Subang di sini hari ini.

Turut melawat pusat itu ialah Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Menteri Pertahanan.

Abdul Aziz berkata, bagi mengesan objek di dasar laut ia selalunya dilakukan
kapal dilengkapi sistem sonar lebih berkeupayaan tinggi dalam mengesan objek di paras laut seperti kapal selam penyelamat, kapal hidrografi dan kapal pengesan periuk api.

Katanya, kapal yang mempunyai kelengkapan itu dikerahkan ke kawasan operasi termasuk kapal MV Mega Bakti, KD Perantau dan KD Mahameru milik Tentera Laut Diraja Malaysia selain MV Swift Rescue milik Tentera Laut Singapura.

"Jadi saya harap selepas ini tidak ada lagi tohmahan ataupun pertanyaan mengenai kenapa kapal selam tidak digunakan dalam operasi mencari MH370 ini," katanya. 

-Mymetro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.