Followers

Sunday, March 9, 2014

BOLOS ? - .rekod kemasukkan Altantuya pun boleh dipadamkan....nak heran apa ?

Bus Man


Siasat bagaimana pengguna pasport palsu bolos pemeriksaan.

Mar 09, 2014
 

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas atau Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes dua penumpang MH370 yang menggunakan pasport palsu.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak imegrisen perlu memberikan penjelasan berhubung kes tersebut kerana menimbulkan persepsi negatif khususnya dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

"Jawatankuasa khas atau Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat kes keselamatan ini.

"Bagaimana mereka boleh bolos dalam keadaan pemeriksaan imigresen dan pihak penerbangan yang ketat.

"Isu pembolosan ini isu besar, jadi imigresen dan KDN perlu memberikan penjelasan supaya tidak timbul spekulasi yang memburukkan lagi keadaan.

"Kita tidak mahu wujudkan spekulasi tetapi mungkin berlaku rampasan pesawat atau sesuatu berlaku dalam pesawat? Ini memerlukan penyiasatan," katanya ketika ditemui pada persidangan wakil rakyat PAS (Perwira 2014), di sebuah hotel dekat sini hari ini.

Sebelum ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa empat penumpang MH370 yang masih hilang menggunakan pasport palsu.

Bagaimanapun, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) semalam mengesahkan hanya dua pasport palsu digunakan penumpang MH370.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pengesahan dibuat berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pemeriksaan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sambil mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, Mahfuz menyeru rakyat Malaysia mengadakan solat hajat dan berdoa agar usaha pencarian dipermudahkan.

"Kita tidak tahu apa yang terjadi cuma kita jangan berhenti berdoa agar kesemua penumpang ditemui walau dalam apa jua keadaan dan usaha pihak penyelamat berjalan lancar.

"Kepada orang Islam, mari kita sama-sama lakukan solat hajat agar dipermudahkan segala urusan dalam kes ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.-HD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.