DUA UJIAN DNA SAHKAN BAHAWA AFIFAH ADALAH ANAK SAH KEPADA AZMIN ALI
Wednesday, March 23, 2011
Seperti diketahui,ceramah Ummi tidak lain dan tidak bukan hanyalah berpot pet pot pet mengulangi kisah-kisah tahun 1998 yang telah basi itu.
Dakwaan terbesarnya ketika itu adalah bagaimana isteri kepada
abangnya itu iaitu Shamsidar Taharin telah sanggup ditiduri oleh Anwar
Ibrahim pada setiap minggu.
Ummi kemudiannya akan menceritakan kepada
semua para pendengarnya di mana sahaja dia pergi akan kisah-kisah
lamanya dalam membongkar kegiatan tidak bermoral Anwar Ibrahim hampir
tiga belas tahun yang lalu.Ke mana sahaja termasuklah ketika berceramah
di Batu Gajah,Kerdau,Merlimau dan Jerteh.
Malah,pemimpin Umno yang paling
rapat bersamanya adalah ADUN Sungai Rapat yang juga exco kerajaan haram
Perak,YB Hamidah.
YB Midah kelihatannya seperti menjadi PA kepada Ummi di mana
hadir bersama Ummi di kebanyakan ceramah Ummi termasuklah dalam
Pilihanraya Kecil Kerdau tempoh hari.
Ibarat buku bertemu ruas,pertembungan dua saudara kandung di
Besut minggu lalu semestinya memberikan satu suasana yang hangat di
sebuah kawasan yang terkesan dengan gelombang reformasi tahun 1999.
Dun
Jerteh misalnya ditawan oleh Pas di bawah calon kontroversi Bekas Ketua
Hakim Negara Tun Salleh Abas. Kesemua keempat-empat Dun di Besut dan
Parlimen dikuasai oleh Pas kesan daripada gelombang reformasi rakyat
terutamanya orang Melayu ketika itu.
Justeru,kehadiran Azmin-Ummi dilihat menghangatkan kembali
Besut yang sudah "tidak bertuan" ini. Masakan tidak,para penyokong setia
Pas di Besut telah menunjukkan solidariti mereka terhadap Kempen PGU
dengan turun beramai-ramai dalam acara tersebut.
Geng Idris Jusoh yang
berjaya mewujudkan empayar di Besut pula telahpun mengangkat bendera
putih dalam PRU 13.Oleh itu,Pas kini dilihat berpeluang merebut kembali
kawasan Besut yang bersempadan dengan Kelantan itu.
Oleh itu,maka tidak hairanlah apabila apa sahaja program
besar Pas di Besut,malah di Terengganu akan cuba diganggu oleh
Umno.Untuk rekod,sebelum ini mereka telah menurunkan Tok Guru Haji Lah
pondok Geting ke Besut.
Kini,turun pula Mat Nor Kasyaf dan Ummi Hafilda
ke Besut.Perkara ini bukan baru.Sebelum ini, himpunan peneroka Felda di
Dun Paka diganggu oleh ceramah Maal Hijrah oleh Umno.
Dan sebelum
daripada itu juga,penceramah Umno datang di Manir memburukkan Pas dengan
dakwaan sesat.Apabila diajak berdebat,langsung tidak menunjukkan
keberaniannya.
Umpama
perang di kemuncaknya,Azmin Ali yang dilihat jarang mengungkit
kisah-kisah lama keluarga beliau akhirnya mendedahkannya di hadapan
ribuan pendengar di Jerteh minggu lalu.
Sekiranya pembaca berminat untuk
mendengar rakaman penuh ucapan Azmin Ali tersebut,pembaca boleh
melihatnya di Himpunan Koleksi Video Sempena PGU 2.
Sepertimana yang kita ketahui,juak-juak Umno dan blogger upahan mereka di facebook saban hari sentiasa mencari jalan memburuk-burukkan PKR di tahap yang paling tinggi.
Sepertimana yang kita ketahui,juak-juak Umno dan blogger upahan mereka di facebook saban hari sentiasa mencari jalan memburuk-burukkan PKR di tahap yang paling tinggi.
Oleh itu,asalkan fitnah lama,mereka sanggup
mengulangtayangnya kembali,walhal fitnah itulah yang menjadi perintis
kekalahan Umno di Terengganu satu masa dahulu.
Dalam MyKMU misalnya,para penyokong tegar Umno telah menubuhkan Gerakan Sahkan DNA Afifah. Entah apa yang digilakan oleh mereka,asyik-asyik DNA sahaja yang dimintanya.
Dalam MyKMU misalnya,para penyokong tegar Umno telah menubuhkan Gerakan Sahkan DNA Afifah. Entah apa yang digilakan oleh mereka,asyik-asyik DNA sahaja yang dimintanya.
Dalam kes Adun Selising juga mahukan DNA,dalam
kes Anwar mahukan DNA,dalam kes Altantuya tidak mahu pula?
Itulah sifat mereka.
Dalam isu dakwaan Ummi Hafilda bahawa Shamsidar telah berzina dengan Anwar Ibrahim,maka timbullah isu bahawa anak keempat Azmin,iaitu Farah Afifah yang dilahirkan pada 10 Ogos 1995 itu bukanlah anak kandung Azmin,tetapi sebaliknya anak kandung kepada Anwar Ibrahim.Nauzubillah.
Walaupun fitnah ini telah berlanjutan untuk sekian lama,para pemfitnah tegar tetap mengulangi fitnah-fitnah lama dengan rekaan cerita yang baru.
Itulah sifat mereka.
Dalam isu dakwaan Ummi Hafilda bahawa Shamsidar telah berzina dengan Anwar Ibrahim,maka timbullah isu bahawa anak keempat Azmin,iaitu Farah Afifah yang dilahirkan pada 10 Ogos 1995 itu bukanlah anak kandung Azmin,tetapi sebaliknya anak kandung kepada Anwar Ibrahim.Nauzubillah.
Walaupun fitnah ini telah berlanjutan untuk sekian lama,para pemfitnah tegar tetap mengulangi fitnah-fitnah lama dengan rekaan cerita yang baru.
Antaranya adalah dakwaan bahawa Afifah mulai memberontak,selain
wajahnya yang tidak seiras dengan dua orang lagi kakaknya.
Kepada para pembaca,anda fikir dan nilailah kembali kebenaran cerita ini.
Semoga Allahyarham Khalid Jafri sempat bertaubat kepada Allah sebelum meninggal dunia.Yang lain bila lagi?
antara dakwaan jahat mereka |
Mungkin
agak terkesan dengan pelbagai asakan daripada Ummi Hafilda sebelum
ini,Azmin Ali akhirnya membuka kembali ceritanya sepuluh tahun yang lalu
di hadapan ribuan pendengar di Dataran PGU baru-baru ini:
"Pengalaman
saya.Saya jarang cerita pengalaman peribadi saya.Kerana terlalu pedih
bagi saya untuk mengingatkan apa yang berlaku sepuluh tahun yang
lalu.Anak saya difitnah.Umurnya tiga tahun.Isteri saya difitnah.
Sejak
tahun sembilan puluh tujuh lagi (sebelum pemecatan).Saya mengambil
pendirian untuk membersihkan nama keluarga saya.Saya melakukan ujian DNA di Hospital Kuala Lumpur pada bulan Julai 1998.
Saya bawa isteri saya,saya bawa anak saya,diri saya sendiri.Anak saya
umur tiga tahun diambil darah dengan begitu banyak semata-mata untuk
membuat ujian DNA.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Alhamdulillah.Ujian DNA itu membuktikan bahawa saya dan isteri saya adalah biological parent of the child. Maknanya
ibu bapa yang sah kepada anak itu.
Ada Umno minta maaf?Tidak.Ada Umno
minta maaf kepada saya dan isteri dan anak saya?
Tidak.Sampai malam ini
mereka masih melancarkan fitnah.Pada masa itu pun saya tidak percaya
pada sistem di Malaysia kerana polis diperalatkan.Doktor boleh
diperalatkan.
Saya bawa isteri dan anak saya membuat satu lagi ujian DNA di luar negara.Kerana saya bimbang puak-puak ini boleh memanipulasikan darah-darah yang kita serahkan untuk kepentingan fitnah mereka.
Alhamdulillah.Ujian yang kedua jugak membuktikan bahawa saya dan isteri saya adalah ibu bapa yang sah kepada anak tersebut.
Ada Umno mintak maaf kepada saya?Tak ada.Bukan setakat itu tuan-tuan.
Tidak cukup dua ujian DNA,saya bawak kes ini ke mahkamah.Saya
saman penulis buku 50 Dalil yang bernama Khalid Jafri kerana memfitnah
saya dan isteri saya dan anak saya.Lima tahun perbicaraan.
Anak saya
ketika itu umurnya empat tahun.Diheret ke dalam mahkamah.
Dipaksa oleh
Musa Hassan.Masuk ke dalam kandang saksi,dalam keadaan dia tidak tahu
apa yang berlaku.Tujuan Musa Hassan adalah untuk mengaibkan saya dan
keluarga,melemahkan saya supaya tunduk kepada mereka.
Lima tahun saya lawan dalam mahkamah.Dari tahun 2000 hingga 2005 di Mahkamah Majistret Ampang. Akhirnya,alhamdulillah.
Mahkamah memutuskan bahawa penulis Khalid Jafri bersalah melemparkan yang kejam dan keji terhadap saya dan isteri,maka menjatuhkan hukuman setahun penjara kepada Khalid Jafri.
Belum
sempat dia masuk penjara,dia mati terlebih dahulu.Mampus.Ini
faktanya.Apa lagi yang kita nak buat? Pengalaman sudah kita lalui.Tahun
98.
Bagaimana seluruh jentera kerajaan samada polis,pendakwaraya,
hospital digunakan untuk mencaci dan mengaibkan Anwar Ibrahim dan
keluarga.
Apakah kita nak melaluinya sekali lagi?"
Kepada para pembaca,anda fikir dan nilailah kembali kebenaran cerita ini.
Semoga Allahyarham Khalid Jafri sempat bertaubat kepada Allah sebelum meninggal dunia.Yang lain bila lagi?
http://propartiislammalaysia.blogspot.com/2011/03/dua-ujian-dna-sahkan-bahawa-afifah.html
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.