Followers

Saturday, March 15, 2014

Apabila kita jujur dalam memberikan maklumat, rakyat tidak marah. Rakyat mendokong.... Mohammad Agus Yusoff.

Photo: Saturday, March 15, 2014.

Apabila kita jujur dalam memberikan maklumat, rakyat tidak marah. Rakyat mendokong....

Mohammad Agus Yusoff.

BETAPA MUSTAHAKNYA KEJUJURAN

Saya semakin tertarik kepada tiga pemimpin kita yang sejak seminggu lepas seiring bersama memberikan sidang media. Mereka ialah Dato Seri Hishamuddin Hussein, Dato Ahmad Jauhari Yahya dan Dato Azharuddin Abdul Rahman.

Pada hari pertama, saya nampak mereka kaku dan seperti menyembunyikan sesuatu. Selepas itu, saya lihat beberapa kenyataan yang bercanggah. Sedih dan kecewa saya kerana ini melibatkan soal negara.

Tetapi sekarang, setelah melihat beban yang mereka tanggung dan kesungguhan mereka untuk menyelesaikan 'misteri' ini, saya kagum sekali. Saya faham kekangan mereka dalam hal ini.

Menariknya, dengan tekanan yang dihadapi, tiga pemimpin kita ini semakin mantap. Keyakinan, kesungguhan dan kejujuran mereka dalam memberikan maklumat yang tepat terserlah. Saya berubah menjadi penyokong tegar mereka.

Lalu, hati saya berkata, jikalah muncul lagi isu negara dan pemimpin kita boleh menjawab sebaik ini, alangkah bagusnya.

Yakinlah, apabila kita jujur dalam memberikan maklumat, rakyat tidak marah. Rakyat mendokong.

KedahLanie. BETAPA MUSTAHAKNYA KEJUJURAN

KedahLanie.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.