Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim hari ini menggesa agar orang ramai tidak membuat kesimpulan
sendiri dan memfitnah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah hanya
kerana teori pesawat itu dirampas kini berleluasa.
Anwar juga menolak teori mengatakan
pesawat itu dirampas sebagai protes terhadap rayuan keputusan Liwat II
yang mendapati beliau bersalah meliwat pembantunya.
"Saya rasa 90 peratus pemandu teksi juga
penyokong kita tetapi kita tidak pula melihat teksi-teksi dirampas dan
dipandu ke Kajang," kata Anwar pada sidang media di Parlimen pagi ini.
Selain itu, Anwar turut mengkritik cara kerajaan mengendalikan kehilangan MH370 yang menurutnya "mengecewakan".
"Saya dah tak perlu ulas lagi tentang ini. Sudah terlalu ramai yang memperkatakannya," kata Anwar.
Beliau turut membidas Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya "tiada keberanian untuk menjawab
soalan apabila berhadapan dengan media" sewaktu sidang medianya, Sabtu
lalu.
Mkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.