Followers

Saturday, March 8, 2014

Anwar Dihukum Penjara 5 Tahun, Mengapa Tak Rayu Ke Mahkamah Persekutuan?

 

Mahkamah Rayuan putus Anwar bersalah meliwat pembantunya, penjara lima tahun

Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan. Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah keputusan tersebut.

Mahkamah kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Keputusan hari ini adalah sebulat suara di kalangan tiga hakim itu.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai penal hakim masih belum menjatuhkan hukuman yang boleh dikenakan sehingga 20 tahun itu.

Dengan hukuman ini, masa depan polik Anwar hampir berakhir. Dia tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon PRK Kanag yang akan diadakan 23 Mac ini.

Ekoran keputusan itu, polis mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya.

Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben “kawasan kejadian jenayah” yang berwarna kuning.

Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, semasa menyampaikan keputusannya, berkata, semua tertumpu kepada bukti DNA.

"Kami telah mengkaji bukti yang diberikan oleh IO Jude Blacious. Apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan meletakkan penanda pada setiap sampul surat.

"Perubahan berlaku kepada plastik bag dan bukan bahan bukti. Mohor ke atas sampel adalah utuh dan tidak ada perubahan pada sampel," kata hakim itu.

Katanya, hakim Mahkamah Tinggi memutuskan perubahan berlaku pada beg plastik sahaja.

"Kami dapati tiada sebab hakim itu lari dari penemuan awalnya (memanggil Anwar membela diri)."

"Kami dapati hakim yang bijaksana telah salah dalam penghakimannya dalam isu integriti sampel itu.

"Kami benarkan rayuan ini dan mendapati (Anwar) salah sebagaimana didakwa," katanya.

Mahkamah kemudiannya memutuskan untuk menimbang rayuan untuk meringankan hukuman selepas mahkamah berehat satu jam.

Sebelum itu peguam Karpal Singh meminta ia dibuat minggu depan namun dibantah oleh Shafee yang meminta ia dibuat hari ini juga walaupun tidak bersedia.

Selepas berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak lalu Anwar bangun dan berkata, "Kita buat sekarang". -TMI


Petikan Lintas Lansung malaysiakini

6:57pm: Mahkamah membenarkan ikat jamin dibayar selewat-lewatnya 11 pagi, Isnin.

Seorang penyokong mengumumkan kepada kumpulan penyokong lain di luar mahkamah bahawa Anwar boleh pulang ke rumahnya.

"Okay, okay Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh balik,"katanya.

Para penyokong berkenaan menyambut berita tersebut dengan gembira dan bersalaman dengan individu yang menyampaikan berita berkenaan.

Kumpulan itu sekali lagi melaungkan "reformasi" dan "bebas Anwar".

6.52pm: Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

6.46pm: Kumpulan penyokong Anwar berhimpun sambil mengangkat tangan dan melaungkan slogan "Bebas bebas Bebas Anwar!", "reformasi" dan "turun Najib!".

Seorang penyokong, Amir Hamzah memberi ucapan menaikkan semangat penyokong dan mengimbas kembali sejarah 1998.

Laungan itu, disambut penyokong yang tidak berpuas hati walaupun Anwar belum keluar dari mahkamah.

6.46pm: Balia: Mahkamah menerima rayuan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

6.25pm: Hakim Balia selepas berunding dengan dua lagi hakim menyoal sekiranya pembelaan selesai merayu untuk meringankan hukuman.

Karpal berkata beliau tidak mengenepikan hak untuk membuat rayuan tersebut.

Shafee pula berkata, sekiranya terdapat keadaan tertentu, pendakwaan tidak akan membantah.

6.20pm: Pendakwaraya Shafee berkata laporan perubatan boleh dijadikan “pengurusan selanjutnya” untuk kes tersebut.

Katanya, hukuman adalah ke atas ke atas kesalahan terbabit.
Balia menyoal sekiranya terdapat mitigasi lain.

Karpal menegaskan bahawa pembelaan memerlukan masa untuk menyediakan laporan perubatan.

“Kesemua perkara ini perlu dimasukkan ke dalam rekod. Tiada gunanya menggesa-gesa perbicaraan ini,” katanya.

Balia: "Kami akan memberikan hak anda"

Karpal: Yang Arif, apabila anda mengambil kira hukuman, laporan perubatan itu akan menunjukkan responden dan hukuman yang dikenakan, Apa yang digesa-gesakan?

Balia: Kami tidak tergesa-gesa.
Karpal: Saya tidak dapat mendapatkan arahan dari anak guam saya.

Balia: Anda tidak boleh menjalankan mitigasi?

6.17pm: Persidangan mahkamah bersambung semula. Mitigasi bermula. Peguam Karpal berkata Anwar mengalami sakit belakang, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

"Saya perlu mengemukakan laporan perubatan berhubung perkara ini dan berharap agar diberikan masa.”

6.01pm: Para pemimpin kanan PKR yang hadir ke mahkamah hari ini termasuk timbalan presiden Azmin Ali, MP Kuantan Fuziah Salleh, MP Batu Tian Chua dan MP Padang Serai N Surendan.

Anwar menghadapi kemungkinan dijatuhi hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun. mk


ULASAN GB

GB merasakan ada sesuatu yang tercicir di dalam mitigasi yang dikemukakan oleh Karpal Singh.

Di dalam mitigasinya, Peguam Karpal berkata Anwar mengalami sakit belakang, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

"Saya perlu mengemukakan laporan perubatan berhubung perkara ini dan berharap agar diberikan masa.”

Itu saja di dalam mitigasi yang dikemukakan Karpal. Lalu Balia menyoal sekiranya terdapat mitigasi lain.

Persoalannya mengapakah Karpal tidak memohon penangguhan hukuman ke atas tertuduh sementara kes itu di bawa ke Mahkamah Persekutuan?

Bukankah sistem kehakiman negara ini berperingkat-peringkat sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuanlah yang menjadi penentu akhirnya, bukan Mahkamah Rayuan?

Mengapa tiada dikemukakan rayuan penangguhan hukuman sementara rayuan dibuat ke Mahkamah persekutuan atau kerana Karpal, sepertimana dakwanya, tidak mendapat arahan dari kliennya, Anwar? Dan Anwar pula terlupa mengenainya?

Sebelum ini iaitu semalam diberitakan Anwar yakin beliau akan menang. Namun pelan untuk worst case scenario iaitu persediaan untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan sepatutnya dilakukan jika keputusan hari ini tidak memihak kepadanya. Hakim Balia hanya memberikan apa yang dituntut:

Balia: "Kami akan memberikan hak anda"
Yang dituntut oleh pihak pembelaan hanyalah penangguhan hukuman sementara menyediakan laporan perubatan. Tetapi tidak disebutkan permohonan penangguhan kes sementara kes dapat dikemukakan ke Mahkamah Persekutuan.


p/s ada mana-mana peguam boleh bantu untuk menjawabnya?

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.