Dato' Tarmizi Mohd Jam
Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengesahkan dirinya bukan lagi calon yang layak bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang. "Sesiapapun yang ganti, beliau mestilah calon yang lebih baik," katanya ketika ditemui wartawan sebaik keluar dari Istana Kehakiman Putrajaya, petang 7 Mac lalu.
Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi
itu, bagaimanapun tidak mengubah pendirian Anwar untuk terus berkempen
sebelum pembuangan undi, 23 Mac ini.
Dalam perkembangan berkaitan, dua nama tokoh KeADILan iaitu Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung parti itu, Dato' Saifuddin Nasution Ismail disebut-sebut bakal menggantikan Anwar sebagai calon KeADILan.
Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang perlu diserahkan sehingga jam 11 pagi, pada 10 Mac ini.
Dengan keputusan ini, mengikut Perkara 64(4) undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada PRK Dun Kajang yang dijadualkan berlangsung 23 Mac nanti.
Perkara 64(4) undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor memperuntukkan syarat hilang kelayakan untuk bertanding kerusi Dun Selangor berkuat kuasa serta merta dari tarikh seseorang itu hilang kelayakan sebagai ahli Dun -- dalam hal ini, disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu dibacakan Hakim Dato' Balia Yusof Wahi yang menegaskan keputusan itu adalah keputusan sebulat suara panel hakim.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.