Dua MP adik beradik dari Pakatan Rakyat dan BN - Datuk Shahrir Samad
(BN-Johor Bahru) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) - mencuri perhatian
dewan pada sesi perdebatan petang ini apabila rancak berdebat dan meningkah antara satu sama lain kira-kira 15 minit.
Drama tersebut bermula apabila Khalid dalam ucapan menjunjung titahnya menyindir Shahrir (abangnya) yang berucap selama hampir tiga jam semalam, sewaktu MP Pakatan tidak hadir kerana memprotes sidang Parlimen.
"Saya juga berharap dapat bercakap selama tiga jam seperti Johor Bahru (Shahrir Samad) semalam," kata Khalid , 57, lapan tahun lebih muda dari Shahrir.
Beliau kemudian membidas kenyataan Shahrir yang melihat protes semalam sebagai tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa yang didokong oleh mereka.
Tegas Khalid, MP Pakatan memboikot sidang semalam kerana melihat terdapat campur tangan pihak eksekutif dalam kehakiman dengan mempengaruhi keputusan Liwat II untuk menggagalkan 'Langkah Kajang'.
Menurutnya, campur tangan sama turut wujud dalam kes sabitan kesalahan menghasut ke atas MP Gelugor, Karpal Singh.
"Saya nak beritahu kita tak hadir atas sebab kita membantah campur tangan pihak eksekutif dalam persoalan pihak kehakiman," katanya yang sebelum itu berulang kali 'mengundang' Shahrir untuk mencelah ucapannya.

Bangkitkan cerita lama
Tindakan itu mengundang Shahrir untuk bangun dan membalas permintaan Khalid untuk berucap selama tiga jam.
"Bagi saya, tiga jam (Khalid nak berucap) tak layaklah. Kalau 10 minit lagi, mungkin OK," kata Shahrir kepada timbalan speaker dewan.
Jelas Shahrir, pertembungan 'Langkah Kajang' dengan tarikh keputusan kes Liwat II membabitkan Anwar tidak dirancang oleh anggota kerajaan.
"Kalau ada tarikh bertembung dengan 'Kajang Move', ia berlaku bukan kerajaan eksekutif yang tentukan tarikhnya.
"Kes bagi ketua pembangkang sudah ditangguhkan berapa kali?" tanya Shahrir .
Khalid kemudian merancakkan perdebatan apabila membuka satu 'cerita lama' di rumah 'seorang bapa saudara' mereka tentang kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam yang pernah menjadi bos kepada Shahrir.
Timbalan speaker: Sukar dikawal
Shahrir pada satu masa dahulu pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Tun Musa Hitam.
Dakwa Khalid, Tun Musa memberitahunya yang beliau tidak melawan Tun Mahathir kerana tidak mahu menerima nasib sama seperti Anwar.
"Bila orang melawak dia mengambil perkara itu sebagai perkara yang serius.
"Cerita itu datang daripada seseorang yang menganggap dia (Khalid) sebagai seorang yang boleh berfikir di antara perkara yang main-main dan perkara yang serius," kata Shahrir menyanggah cerita adiknya.
Pertelingkahan kedua-dua adik beradik itu menyebabkan Timbalan Speaker Dewan, Datuk Ismail Mohamed Said melabelkan kedua-duanya sebagai "mereka yang sukar dikawal" sewaktu cuba menenangkan mereka.
Kenyataan itu mengundang ketawa dari sebilangan anggota parlimen. -Malaysiakini
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com./
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.