Followers

Monday, February 17, 2014

Zaid Mampu saingi Anwar @anwaribrahim jika tidak diganggu oleh gergasi BN

Photo: Zaid Mampu saingi Anwar @anwaribrahim jika tidak diganggu oleh gergasi BN

Calon bebas, Datuk Zaid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa beliau mampu melakukan kejutan di PRK Dun Kajang sekiranya tidak diganggu oleh tiga gergasi daripada BN.

Menurutnya, sejarah PRK Hulu Selangor telah menyaksikan 'kehebatan beliau' dalam memberi saingan,  walaupun kalah di Dun tersebut, beliau menyifatkan kalahnya adalah kalah minoriti.

"...dalam PRK kali ini, saya rasa saya mampu beri saingan dan mampu buat kejutan.

"...kalau dilihat pada pertandingan saya di PRK Hulu Selangor dahulu, saya tetap beri saingan, pada saya, saya kalah disebabkan oleh serangan daripada tiga gergasi Umno/BN, iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Tun Mahathir.

"...oleh itu saya harap PRK kali ini saya tidak diserang lagi oleh mereka ini, sekiranya ini berlaku peluang saya lebih cerah," katanya yang juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada sidang media khas di Restoran Hj Samuri Kajang hari ini.

Mengulas perkara yang sama, beliau menyifatkan bahawa dirinya adalah lebih baik berbanding pesaingnya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dari segi amalan politik.

"...kalau lihat Anwar, dari segi amalan politiknya beliau banyak beretorik, beliau juga banyak mencemari PR di Selangor.

"...sementara saya lebih bersifat terbuka, menerima kritikan, mengamalkan politik yang telus, itulah kekuatan saya, jadi pada saya amalan politik saya adalah lebih baik daripada Anwar," katanya.

Ekoran keputusan Zaid itu, PRK Dun Kajang setakat ini akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PR), calon dari BN-MCA dan dirinya.

Dun Kajang kosong berikutan penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Januari yang lalu, yang disifatkan Zaid sebagai tindakan politik yang tidak sesuai.

Berikutan itu SPR telah menetapkan bahawa PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini sementara hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac  ~sh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.