PUTRAJAYA - Orang yang tidak menghormati undang-undang tidak layak
menjadi pemimpin kerana mereka dikhuatiri membawa kerosakan kepada
negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Oleh itu beliau berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang merupakan individu yang tidak menghormati undang-undang apabila mengadakan kempen awal.
Dr. Mahathir berkata, sikap Anwar yang tidak menghormati undang-undang juga ditonjolkan apabila pemimpin pembangkang itu pernah memakinya berhubung satu kes saman fitnah walaupun kes tersebut telah dibawa ke mahkamah.
"Dia tidak pernah menghormati undang-undang. Dia pernah saman saya RM100 juta tetapi pada masa sama pergi sana dan sini untuk memaki saya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan mengadakan kempen awal sempena PRK DUN Kajang walaupun penamaan calon belum dijalankan.
Wakil penduduk dari lima taman perumahan di Kajang telah membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana bertindak berkempen awal.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, pengundi di Kajang sudah bosan dengan sandiwara Anwar yang berkali-kali mewujudkan masalah apabila terdapat kes perbicaraan melibatkannya.
"Pilihan raya kecil ini sepatutnya tidak berlaku, tetapi ia disengajakan. Walaupun disengajakan, tidak terdapat larangan dari segi undang-undang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir membidas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang sengaja mengeluarkan klip video kontroversi walaupun tindakan itu tidak menyumbang kepada keharmonian kaum dan keamanan negara.
"Kalau tindakannya tidak bercanggah dengan undang-undang, maka kita tidak boleh bawa (Teresa) ke mahkamah kerana mahkamah akan menolak kes ini," katanya.
Sementara itu, Wan Hashim melahirkan rasa terharu apabila hasratnya untuk bertemu dengan Dr. Mahathir tercapai.
Katanya, Dr. Mahathir telah memberi kata-kata semangat, selain berkongsi pandangan tentang isu tertentu.
"Beliau memberitahu bahawa orang-orang muda di Malaysia harus terlibat dalam aktiviti yang menyihatkan seperti bersukan.
"Dr. Mahathir berharap penglibatan saya dalam aktiviti berbasikal dapat diteladani oleh pemuda yang lain," katanya kepada pemberita selepas menemui Dr. Mahathir. - Utusan
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.