Followers

Monday, February 17, 2014

VIDEO - Anwar Ibrahim akan dikuburkan dalam PRK Kajang..

 

Semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008 dulu Khairy Jamaluddin dalam satu ceramah di Seberang Jaya menyatakan Barisan Nasional bukan sahaja akan mengalahkan DS Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil itu, tetapi akan turut 'menguburkan' karier politiknya.

Beliau memberitahu para hadirin bahawa pilihanraya kecil Permatang Pauh akan menentukan masa depan negara.

Dalam ceramah selama 30 minit itu, Khairy berkata, cabaran sebenar bagi calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah ialah untuk menamatkan karier ketua pembangkang yang 'rakus kuasa'.

Oleh itu, katanya, BN akan menguburkan karier politik Anwar supaya masa depan negara ini bebas dan selamat daripada penasihat PKR itu.

Itu kali pertama Anwar nak dikuburkan, kali kedua PapaGomo pulak nak kuburkan Anwar di Permatang Pauh dalam PRU 13.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dilaporkan mengumumkan perkara itu melalui seorang pengikutnya, Mohamad Rafi Awang Kechik dalam satu sidang media di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan.

Mohamad Rafi dalam laporan The Star Online hari ini menyebut, mereka juga berhasrat untuk menamatkan kerjaya politik Anwar.. laporan mengenainya. 


Tapi bila tiba hari penamaan calon untuk PRU 13 itu bayangnya pun tak nampak..

Kini sekali lagi Anwar Ibrahim akan dikuburkan.. dikuburkan oleh MCA yang dah nak berkubur dari arena politik Malaysia...

KAJANG: MCA hari ini akan memastikan kekalahan calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang bakal berlangsung pada 23 Mac depan.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA akan bekerja keras untuk memberi kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam sekaligus mewujudkan seorang pemimpin parti itu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Kita perlu pastikan kita ada kerusi di DUN supaya kita ada suara untuk menyuarakan hak-hak orang Selangor.

"Anwar dengan sengaja adakan pilihan raya kecil ini dan kita tidak boleh biarkan beliau terlepas. Perlu pastikan beliau, (Anwar) yang menggali lubang, kita (pula) tanam dia," katanya dalam ucapan ketika Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Induk MCA bagi PRK Kajang di Taman Berjaya di sini hari ini.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas bagi memberi ruang kepada Anwar untuk bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 23 Mac.

Tiong Lai turut memberitahu MCA telah menyediakan calon yang bakal berentap dengan parti lawan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai pengumuman bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam PRK kali ini, beliau berkata MCA mengalukan-alukan perkara itu kerana yakin akan dapat menawan kerusi DUN Kajang.

"Zaid memang telah pun nyatakan berhasrat untuk bertanding, dan dalam sistem demokrasi berparlimen kita hormati pandangan beliau.

"Dulu dalam pilihanraya lalu, ada 6 penjuru. Kali ini, datanglah berapa penjuru, kita bersedia hadapi cabaran," katanya.


Zaid akan bertanding pada PRK Kajang untuk menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Zaid berkata beliau akan bertanding sebagai calon bebas bagi mendokong mandat rakyat yang mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar ~  


AntaraPos

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.