Jaafar Budi
Allah SWT telah menjelaskan kepada mereka, bahawa mereka itu berdusta. Mereka akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT dan tidak akan memperoleh keredaan-Nya.
Kemudian mereka diperintahkan memasuki neraka dan akan dikatakan kepada mereka bahawa azab ini sebagai balasan terhadap perbuatan kamu dahulu dan juga kerana mereka mendustakan apa yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW kepada kamu sekelian.
Firman Allah SWT: Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya)
bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab
(perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
Syed Qutub berkata: Maksudnya hati mereka telah ditutupi kekotoran dosa dan maksiat yang dilakukan mereka.
Sebenarnya, apabila hati itu lumrah dengan kerja-kerja maksiat, maka cahayanya amat muram, gelap dan kemudian diliputi karat yang tebal yang tidak dapat lagi ditembusi nur hidayah.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.