Apabila ada sekoq POLIS CELAKA, maka terpalit busuk semua POLIS YANG BAIK..!!
Siasatan
selama enam bulan yang dijalankan terhadap 60 pegawai polis yang
disyaki terlibat dalam rasuah dan menggelapkan wang membongkar sesuatu
yang mengejutkan – seorang pegawai kanannya mempunyai RM20 juta dalam
beberapa akaun banknya, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dengan syarat namanya tidak disiarkan, pegawai itu memberitahu The
Malaysian Insider bahawa pegawai kanan tersebut tidak dapat menjawab
dari mana datangnya wang dalam banknya itu.
"Siasatan masih dijalankan. Akan ada lagi beberapa pendedahan dalam minggu-minggu akan datang," kata sumber itu.
Sumber juga berkata, tidak mustahil ada ramai lagi pegawai polis yang
mengumpul harta boleh pindah atau tidak boleh pindah yang bernilai
jutaan ringgit.
"Penyiasat juga terkejut dengan jumlah wang yang ada pada pegawai kanan
ini, tetapi kami percaya banyak lagi yang akan kami temui," katanya.
Semua 60 pegawai polis itu, angka paling besar yang pernah disiasat SPRM
serentak, kebanyakannya pegawai kanan yang bertugas di seluruh negara.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa pasukan yang merangkumi pegawai
kanan daripada SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan
Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya
Sekuriti dan polis telibat dalam penyiasatan ini.
Pasukan ini diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Disebabkan masalah teknikal yang muncul baru-baru ini, pasukan
penyisatan ini dibesarkan.
Sumber berkata, pasukan tersebut akan bertanggungjawab terus kepada Gani
yang mengetuai siasatan bagi memastikan bukti sahih dapat dikumpul
untuk menjamin pendakwaan yang kukuh dalam mahkamah.
Pada 25 Januari lalu, The Malaysian Insider melaporkan seorang pegawai
kanan polis, salah seorang daripada 60 pegawai yang di bawah
penyiasatan, merupakan antara polis yang menjadi orang tengah dengan
SPRM untuk membantu mengenalpasti polis yang korup dengan janji diberi
imuniti.
Dilaporkan pegawai polis kanan itu bersetuju untuk menamakan beberapa
lagi pegawai kanan polis untuk menjaga kepentingan dirinya.
"Siasatan sudah berjalan untuk beberapa bulan, dan penyiasat mendapati
kira-kira 30 pegawai polis sedang hidup lebih daripada kemampuan mereka.
"Ramai daripada pegawai kanan ini ditugaskan di serata negara, dan
dijumpai dengan paling kurang RM1 juta atau lebih dalam akaun bank
masing-masing.
"Pegawai ini tidak cuba pun untuk menyembunyikan kekayaan mereka," kata pegawai itu.
Dalam laporan awal, The Malaysian Insider melaporkan aduan daripada
seorang pegawai polis yang tidak berpuas hati kepada SPRM yang memulakan
siasatan mengakibatkan 60 pegawai polis disyaki.
Pegawai ini didakwa mengumpul rasuah daripada pengendali perniagaan
haram di ibu negara. Perniagaan ini termasuk kafe siber haram dan rumah
urut serta sarang pelacuran.
Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pengendali membayar antara
RM10,000 hingga RM50,000 sebulan kepada polis untuk mengelak diserbu dan
diganggu.
Oleh kerana siasatan SPRM ini, seorang pegawai bergelar 'Datuk' dipindahkan ke sekretariat polis di Bukit Aman.
SPRM menjumpai RM6 juta dalam akaun bank 'Datuk' yang disoal oleh SPRM itu.
Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanyalah permulaan sahaja.
Sementara siasatan semakin giat dijalankan, SPRM juga merampas kereta
mewah seperti Range Rover Evoque (bernilai RM400,000), Nissan Skyline
(RM388,000) Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan
Mercedes Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.
Selain daripada hartanah dan kereta mewah, polis juga merampas sejumlah
wang yang banyak, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis
itu. – 23 Februari, 2014. [TMI]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.