Followers

Monday, February 17, 2014

SIAPA BAKAL PENGUNDI ZAID IBRAHIM ?

 
 
MAKA, Zaid Ibrahim yang telah lama menyepi masuk semula ke gelangang politik.  Berselera pula dia bila Kerusi Dun Kajang kosong sekarang.  
 
Ok, tidak mengapa kerana itu hak beliau untuk meraikan demokrasi dan kita tidak perlu larang beliau masuk bertanding walaupun Umno/Bn terus menyepi di dalam soal calon mereka. 

Mengapa Zaid masuk bertanding di Kajang?  Seperti beliau sebut, pertamanya 'hadiah valentine" untuk isterinya setelah 'dapat restu' untuk bertanding.  
 
Kedua, untuk pastikan Anwar tidak boleh jadi MB.  Itu saja.  Terliurkah rakyat Kajang dengan tawaran Zaid ini?  


Siapakah agaknya pengundi Zaid nanti?  Jika Umno/Bn dayus tidak mahu masuk gelanggang, tentunya para penyokong dacing baghdad dan keris telanjang tanpa sarung ini akan mengundi Zaid.  
 
Tidak mustahil juga Zaid ini dihantar khusus ke Kajang untuk menutup 'kemaluan' Umno/Bn di situ.  
 
Tapi aku rasa MCA tetap akan bertanding kerana MCA sudah kemaruk mahu tunjuk parti kaum Cina itu masih belum "mati pucuk" lagi.  Tambahan pula mereka sudah ada Presiden baru.  
 
Andainya Najib buat keputusan, Bn tidak akan bertanding atas alasan bodohnya iaitu tidak mahu membazir wang, aku pasti MCA tetap akan letak calon juga biarpun atas nama Bebas.

Baiklah, jika Bn letak calon juga kerana tidak mahu digelar 'dayus', adakah pengundi yang boleh diharapkan oleh Zaid Ibrahim?  Jawapannya tentu ada.  
 
Zaid mengharapkan segelintir dari penyokong PR yang telah membayangkan tidak selesa bila Anwar bertanding di Kerusi Dun Kajang itu.  Kumpulan ini sanggup pangkah Zaid daripada biarkan Anwar menang.  
 
Ini adalah harapan Zaid.  Kumpulan ini tidak ramai tapi cukup untuk buat Zaid rasa jika tewas pun tidak akan hilang deposit.

Modal Zaid tentunya menarik juga.  Beliau akan kata kepada puak ini, "jika mahu Kerusi MB Selangor kekal kepada TS Khalid ataupun pemimpin lain selain Anwar, undilah aku", mungkin itulah kempen Zaid nanti.   
 
Mana yang otaknya senget atau gila kuasa, pastinya sanggup ikut cakap Zaid.  
 
Mereka lupa, Kerusi MB Selangor itu bukan kuasa Anwar pun jika beliau menang, tetapi itu hak semua Adun di Dun Selangor yang akan tentukan.  Jauh sekali Zaid boleh tentukan samada Anwar boleh atau tidak jadi MB Selangor.

Kalau betul Anwar ini kemaruk mahu jadi MB Selangor, tentunya beliau boleh pilih Kerusi Dun Bukit Antarabangsa yang ditawarkan oleh Azmin kepada beliau.  Tentu peluang jauh lebih besar untuk Anwar menang di kubu kuat Azmin itu.  
 
Mengapa Anwar pilih Dun Kajang yang  kedudukan statistik perkaumannya hampir sama banyak di antara Melayu dan Cina? 

PRK Dun Kajang adalah ujian persahabatan kita di dalam PR.  Masing-masing akan melihat sejauh mana komitmen rakan-rakan di dalam PR membantu kemenangan Anwar di sana.  
 
Samada Anwar menang, apatah lagi tewas, kita akan nilaikan nanti siapa yang istiqomah di dalam perjuangan ini.  
 
Betullah kata YB Dr Zulkefli dari PAS, Kajang adalah penentu samada PR masih mampu bertahan sebagai kawan atau sebaliknya.  
 
Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.  Jangan menyesal di kemudian hari sudahlah.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.