Followers

Friday, February 21, 2014

Seorang lelaki telah ponteng sembahyang Jumaat ...

Dwan Amirullah



Seorang lelaki telah ponteng sembahyang Jumaat ...
 

Sebaliknya beliau masuk hutan untuk memburu ayam hutan..., teediaaa !!!
 

Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK!
Kedua2 kakinya patah...


Malangnya HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.
"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat berjemaah pada hari yang mulia ini...


Ampunilah aku ya Allah...
Makbulkan hajatku ini... 


Jadikanlah HARIMAU yang memburuku dari kalangan HARIMAU yang baik dan beriman...
Tolong ya Allah! Aaminnn..."


Tiba2 guruh berdentum!!!, dummm !!!!


Dengan kuasa Allah, HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tersebut dan bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun. 


Maka HARIMAU itu menadah kedua2 kaki depannya ke langit , sambil berdoa ...


"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar...


Aamin!" ...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.