Followers

Friday, February 7, 2014

Semuga Mejar Beroleh Kemenangan.....Aminnn....

Dewan Ulamak PAS Pusat

Dewan Ulamak PAS Pusat's photo.


DAKWAT KEKAL: BATALKAN PENDAKWAAN TERHADAP MEJAR ZAIDI
 
HARAKAHDAILY 


Zaidi Ahmad's photo.

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membatalkan tindakan pendakwaan terdahap Mejar Zaidi Ahmad kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.


Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendakwaan ke atas Zaidi adalah satu tindakan yang tidak wajar malah akan memalukan institusi tentera secara keseluruhannya memandangkan anggota itu hanya menzahirkan haknya sebagai seorang pemilih yang sah.


"Kes ini adalah berkaitan hak dan kebebasan demokrasi berparlimen. Ianya bukan kes salah laku dalam tentera secara khusus.

"Dia buat atas dasar hak dia sebagai seorang rakyat, dan terpanggil untuk menyatakan kepincangan yang berlaku dalam pilihan raya yang dia alami sendiri.

"Jadi kita mintak pihak tentera membatalkan, atau tarik balik pendakwaan kes tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Zaidi dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur esok atas tujuh pertuduhan kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi PRU13 lalu.


Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Zaidi Ahmad's photo. Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

Dalam pada itu, seluruh ahli dan penyokong PAS digesa mengadakan solat hajat mendoakan agar Zaidi diberi ketabahan dan kekuatan berdepan ujian ini dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau esok.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/25494-dakwat-kekal-batalkan-pendakwaan-terhadap-mejar-zaidi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.