Followers

Tuesday, February 18, 2014

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Kenyataan Biadap Dr Kassim Ahmad## Tidak ada umat Islam yang tidak marah apabila Dr Kassim
Ahmad menyentuh sensitiviti agama Islam apabila mendakwa umat Islam terlalu mendewakan Nabi Muhammad SAW dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita.Beliau turut menyentuh bahawa golongan ulama’ telah
diseleweng melalui amalan “kasta paderi” di mana
mereka (golongan ulama’)
melantik diri sendiri sebagai
pentafsir agama kepada umat
Islam. Program anjuran Yayasan
Kepimpinan Perdana dan
bertempat di Putrajaya
dengan menampilkan Dr
Kassim Ahmad, individu yang
dilabel sebagai anti hadis dan menjulang personaliti tersebut
ke kedudukan tertinggi.
Entah apa jasanya sehingga
pemikiran beliau diseminar
kan dan diwacanakan dengan
beliau sendiri dijemput memberikan ulasan. Agak
menghairankan bagaimana
program sebegini boleh
mendapat kelulusan,
mendapat tempat
teristimewa di kawasan Putrajaya dalam keadaan
program agama yang lain
diburu dan dipantau ketat.
Mengapa tiada tindakan
sebelum program dijalankan
bagi memastikan tiada pandangan yang pelik dan
mengelirukan umat Islam
dilontarkan ketengah
masyarakat. Pastinya kenyataan Dr Kassim
mengundang kemarahan
jutaan umat Islam di negara
malah di seluruh dunia. Nabi
Muhammad SAW adalah insan
kesayangan Allah SWT, kecintaan umatnya pada hari
ini sehingga disambut
kelahirannya setiap tahun.
Mencintai Rasulullah SAW
adalah ibadah, menjamin
syafaat baginda, serta mendapat kecintaan juga
daripada Allah SWT. Rasulullah
SAW adalah insan maksum
yang boleh dicintai dan
diagungkan, kerana ia
sebahagian daripada rukun Iman dan syahadah umat
Islam. Mengguris peribadi
Rasulullah SAW bererti
mengisytiharkan perang ke
atas umat Islam. Beliau juga gagal memahami
bahawa para ulama’ adalah
pewaris Nabi SAW. Ketiadaan
Nabi SAW menjadikan para
ulama’ sebagai galang ganti
yang memberi tunjuk ajar kepada masyarakat.
Memusuhi ulama’ (yang
benar) bererti juga memusuhi
Islam dan memusuhi
Rasulullah SAW. Apakah
kerana beliau gagal menempatkan diri bersama
para ulama’ maka para ulama’
pula perlu dibenci? Selain itu, saya menganggap
Dr Kassim terlalu dangkal soal
hukum asas berkaitan agama
Islam. Rambut menjadi topik
perbincangan dengan
kenyataan bahawa rambut bukanlah aurat wanita. Elok
juga beliau menyatakan di
manakah bahagian wanita
yang dianggap sebagai aurat
dan bukan aurat, dan saya
kira ribuan ulama’ dan cendikiawan Islam bangkit
untuk ‘sekolahkan’ beliau
dengan ilmu asas Islam. Saya amat bersetuju agar
tindakan keras diambil
terhadap penganjur manakala
Majlis Fatwa Kebangsaan perlu
mengeluarkan hukum yang
jelas terhadap kenyataan Dr Kassim Ahmad. Masyarakat
perlu dijernihkan pemikiran
daripada kenyataan songsang
sebegini manakala beliau
sendiri perlu diberikan status
supaya masyarakat tidak terkeliru dan terus berpegang
dengan ajaran Islam sebenar
sebagaimana difahami dan
diajarkan oleh agama Islam.## DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS PusatAmbil Tindakan Tegas Terhadap Kenyataan Biadap Dr Kassim Ahmad## Tidak ada umat Islam yang tidak marah apabila Dr Kassim Ahmad menyentuh sensitiviti agama Islam apabila mendakwa umat Islam terlalu mendewakan Nabi Muhammad SAW dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita.

Beliau turut menyentuh bahawa golongan ulama’ telah
diseleweng melalui amalan “kasta paderi” di mana
mereka (golongan ulama’)
 

melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam. Program anjuran Yayasan
Kepimpinan Perdana dan bertempat di Putrajaya dengan menampilkan Dr Kassim Ahmad, individu yang dilabel sebagai anti hadis dan menjulang personaliti tersebut ke kedudukan tertinggi.
 

Entah apa jasanya sehingga pemikiran beliau diseminar kan dan diwacanakan dengan beliau sendiri dijemput memberikan ulasan. Agak menghairankan bagaimanaprogram sebegini boleh mendapat kelulusan, mendapat tempat teristimewa di kawasan Putrajaya dalam keadaan program agama yang lain diburu dan dipantau ketat.
 

Mengapa tiada tindakan sebelum program dijalankan bagi memastikan tiada pandangan yang pelik dan mengelirukan umat Islam dilontarkan ketengah masyarakat. Pastinya kenyataan Dr Kassim
mengundang kemarahan jutaan umat Islam di negara malah di seluruh dunia. 


Nabi Muhammad SAW adalah insan kesayangan Allah SWT, kecintaan umatnya pada hari ini sehingga disambut kelahirannya setiap tahun. Mencintai Rasulullah SAW adalah ibadah, menjamin syafaat baginda, serta mendapat kecintaan juga daripada Allah SWT. R

asulullah SAW adalah insan maksum yang boleh dicintai dan diagungkan, kerana ia sebahagian daripada rukun Iman dan syahadah umat Islam. Mengguris peribadi Rasulullah SAW bererti mengisytiharkan perang ke atas umat Islam. Beliau juga gagal memahami bahawa para ulama’ adalah pewaris Nabi SAW. 

Ketiadaan Nabi SAW menjadikan para ulama’ sebagai galang ganti yang memberi tunjuk ajar kepada masyarakat.  Memusuhi ulama’ (yang benar) bererti juga memusuhi Islam dan memusuhi
Rasulullah SAW. 


Apakah kerana beliau gagal menempatkan diri bersama para ulama’ maka para ulama’ pula perlu dibenci? Selain itu, saya menganggap Dr Kassim terlalu dangkal soal hukum asas berkaitan agama Islam. 

Rambut menjadi topik perbincangan dengan kenyataan bahawa rambut bukanlah aurat wanita. Elok juga beliau menyatakan di manakah bahagian wanita yang dianggap sebagai aurat dan bukan aurat, dan saya kira ribuan ulama’ dan cendikiawan Islam bangkit untuk ‘sekolahkan’ beliau dengan ilmu asas Islam. 

Saya amat bersetuju agar tindakan keras diambil
terhadap penganjur manakala Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan hukum yang jelas terhadap kenyataan Dr Kassim Ahmad. 


Masyarakat perlu dijernihkan pemikiran daripada kenyataan songsang sebegini manakala beliau sendiri perlu diberikan status supaya masyarakat tidak terkeliru dan terus berpegang dengan ajaran Islam sebenar sebagaimana difahami dan
diajarkan oleh agama Islam.



## DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.