Dua pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah ibu pejabat polis Dang
Wangi hadir ke pejabat Malaysiakini semalam untuk merakam keterangan dua
wartawan Malaysiakini berhubung laporan tawaran wang tunai untuk
menampar MP Seputeh, Teresa Kok.
Diketuai pegawai penyiasat kanan ASP Ananthan Rajoo, mereka menemubual wartawan meja bahasa Melayu, Ahmad Fadli KC dan wartawan video KiniTV, Terry Wee selama kira-kira 1 jam 20 minit petang semalam.
ASP Ananthan memaklumkan kepada Terry dan KC yang keterangan mereka dirakam di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah sebagai saksi dalam satu siasatan ke atas laporan polis yang dibuat Teresa Kok.
Kedua-dua mereka membuat liputan perhimpunan sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' pada 6 Februari lalu.
Kumpulan tersebut dilaporkan membuat tawaran wang sebanyak RM500, yang kemudian dinaikkan menjadi RM1200, untuk individu pertama yang menampar Teresa dan merakam kejadian itu.
Dua dua hari kemudiannya pada 8 Februari, Teresa membuat laporan polis di Dang Wangi berkaitan tawaran itu, yang didakwa bersifat gangguan jenayah.

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
Kita Bantai Dot Info.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.