Followers

Saturday, February 1, 2014

Percaturan lewat Kajang, pahit ditelan

  

Sebenarnya sejak dari dulu lagi Anwar Ibrahim sudah sepatutnya jadi menteri besar Selangor. Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim digaji sebagai penasihat ekonomi.

Anwar seorang pemimpin nasional, bekas timbalan perdana menteri; pastinya lebih arif hal politik dan pentadbiran. Khalid, wira ‘The Dawn Raid’ sewajarnya diletakkan dalam kapasiti konsultan dan memberi nasihat-nasihat bernas. Ini yang sewajarnya.

Namun malang bagi Pakatan Rakyat, ada semacam satu keyakinan tinggi suatu ketika dahulu bahawa Anwar amat pasti menyandang kerusi Putrajaya.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Maka diletaklah Anwar (kanan) sebagai figura bakal perdana menteri, dan akhirnya hari ini Anwar tidak punya laporan prestasi, tidak ada track record pencapaian kecuali apa yang diusahakannya sewaktu menjadi menteri Umno suatu ketika dahulu.

Ini bukan sesuatu yang bagus, terutamanya setelah diserang bertubi-tubi pasca September 1998.

Bagi merangkul Putrajaya, sosok Anwar ini perlu dijenamakan semula sebagai seorang eksekutif, pentadbir, dan pemimpin yang meski terpaksa bermula semula dari petak nombor satu mampu membina negeri contoh berteraskan polisi dan dasar yang berasaskan prinsip-prinsip perubahan dan reformasi.

Tetapi ini bukan faktor utama dalam membincangkan kekalutan semasa. Meskipun hal ini perlu diperjelaskan sebagai premis penting dalam memahami percaturan politik Pakatan Rakyat secara kolektif dalam meletakkan Anwar sebagai calon di DUN Kajang dalam pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

Pokok pangkal permasalahan ini perlu dilihat kembali ke garis masa Mac 2008, ketika parti-parti pembangkang menang mengejut di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.

Tetapi fokusnya sekarang tentulah Selangor.

Selangor berhadapan krisis pada malam 8 Mac, dengan keadaan PAS dikepalai Hasan Ali dikatakan cuba membuat pakatan politik dengan Umno untuk membentuk kerajaan di Shah Alam.

Anwar yang pada waktu itu belum boleh bertanding pilihan raya meletakkan Khalid sebagai calon menteri besar, sesuai dengan ‘track record’ Khalid sebagai perancang ekonomi yang baik.

Mudah di PP, payah di S'gor

Maka terbentuk kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat, dan Hasan serta UMNO Selangor terpaksa menanggung kecewa.

Langkah menjadikan Anwar penasihat ekonomi Selangor juga barangkali boleh dilihat sebagai langkah untuk mewarnakannya sebagai sumber kepada segala polisi dan dasar ekonomi Selangor.

Namun malangnya pada ketika tersebut, Anwar lebih terampil sebagai personaliti nasional yang sedang diusung sebagai calon perdana menteri. 


 Lalu Khalid diberikan segala puji-pujian atas segala kebaikan dan faedah yang dinikmati rakyat Selangor.

Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.