HANGAT!! Rafizi Perjelaskan Konflik Antara Azmin-Khalid Tercetus Dan Ini Jalan Penyelesaiannya.. Jom Terjah!!!!
Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata sekiranya PKR ingin menyelesaikan
kemelut dalaman di antara Azmin dan Abdul Khalid ia boleh dilakukan
dalam pemilihan PKR yang akan berlangsung pada April.
"Kalau
hendak selesaikan kemelut dua pemimpin itu tidak perlu PRK kerana
semasa pemilihan kita boleh biar mereka bertanding dan bergaduh sesama
sendiri," katanya dalam forum bertajuk `Serampang Kajang' di Subang
Jaya,
"Menuduh
bahawa ini sebahagian daripada rancangan menyelesaikan konflik dalaman
adalah tidak betul sama sekali, kita hendak tipu siapa?
"Semua
orang tahu Azmin dan Abdul Khalid tidak pernah sebulu dalam
mengeluarkan pandangan dari hari pertama lagi," katanya di hadapan
kira-kira 300 hadirin.
Rafizi
berkata, keputusan mengadakan PRK di Kajang dibuat selepas melihat
situasi politik yang sudah berubah dan semakin kritikal merujuk kepada
serangan menggunakan sentimen perkauman dan agama dilakukan oleh Umno
dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Selangor terutama dalam
isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada
Tuhan.
"Biarpun
pada mulanya kita ingin adakan selepas pemilihan PKR kerana kita risau
orang ramai akan melihat ia sebagai gerakan politik namun melihat
daripada situasi, kita tidak boleh tunggu.
"Kalau
hari ini mereka boleh membuat serbuan ke atas gereja, esok mungkin pula
di kuil dan tidak mustahil kalau kita tidak ubah undi majoriti, maka
mereka melakukan apa sahaja untuk melumpuhkan Pakatan," katanya.
Menjawab
pertanyaan salah seorang hadirin tentang bagaimana kahadiran Anwar
boleh memberi jaminan PR dapat memperkukuhkan negeri Selangor seterusnya
menawan Putrajaya, ahli Parlimen Pandan itu berkata, tiada jaminan
parti itu boleh melakukan perkara demikian.
"Kalau
ada bertanyakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad beliau akan menjanjikan
perkara itu akan berlaku kerana jelas dirinya seorang penipu," katanya
merujuk kepada mantan perdana menteri yang memecat Anwar sebagai
timbalan perdana menteri pada 1998.
"Tapi
kalau tanya saya tidak mungkin kami dapat memberi sebarang jaminan,
namun apa yang saya boleh janji bahawa PR akan cuba melakukan perubahan
lebih baik daripada sekarang memperjuangkan hak kesamaan kepada setiap
rakyat," katanya.
Forum
'Serampang Kajang' membariskan ahli panel seperti bekas pengerusi
Bersih, Datuk Ambiga Sreenavasan; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan
Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad manakala Timbalan Speaker DUN
Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad memainkan peranan sebagai moderator.
Kerusi
DUN Kajang kosong selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari
PKR, Lee Chin Cheh bertindak meletakkan jawatan secara tiba-tiba bulan
lalu.
Semalam,
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari penamaan calon bagi PRK DUN
Kajang pada 11 Mac dan hari mengundi pula pada 23 Mac.
-TMI
Sedaka Sejahtera
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.