Followers

Monday, February 17, 2014

Patutlah Zaid Ibrahim Beria-Ria Mahu Bertanding Di PRK Kajang.. Ini Puncanya

 
Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan secara rasmi beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang untuk menyekat "Rancangan Kajang PKR".

Beliau yang juga bekas ahli PKR berkata, niatnya untuk bertanding bagi memastikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terus kekal berkuasa.

"Kalau saya menang, Anwar kalah. Maka amanlah Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," katanya ketika membuat pengumuman tersebut di Kajang hari ini."Khalid akan terus jadi menteri besar," katanya.

Beliau berkata, rancangan Anwar bertanding di kerusi DUN berkenaan adalah untuk menggantikan Abdull Khalid adalah tindakan politik liar dan tidak wajar direstui.

"Jika Abdul Khalid dan kepimpinan beliau perlu disingkir biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi yang sihat," kata Zaid kepada pemberita.Tindakan Anwar itu jelasnya akan membawa perpecahan besar kepada PR.

"Jika Anwar menang di Kajang dan Abdul Khalid enggan berhenti secara sukarela, maka akan timbul krisis politik dan pentadbiran yang buruk di Selangor.

"Malah, jika Anwar menang di Kajang, belum tentu beliau akan diterima menjadi menteri besar oleh Sultan Selangor," katanya, dan menambah rakan komponen PR daripada PAS juga belum tentu akan menyokong rancangan Anwar menjadi menteri besar.

"Ia boleh selesai jika saya menang kerusi DUN Kajang," tambahnya. Zaid berkata, beliau enggan berkempen melalui sesi ceramah seperti amalan PR, sebaliknya akan menggunakan platform soal jawab dalam skala kecil-kecilan sebagai kaedah kempen beliau.

"Kelebihan saya adalah lebih terbuka berbanding Anwar...saya akan berkempen kecil-kecilan."Saya akan berkempen melalui dialog. Pengundi boleh tanya soalan, saya akan jawab," katanya.

Beliau turut berkata, keputusan untuk bertanding di DUN Kajang bukanlah untuk memecahkan undi."Saya tiada fikir nak pecah undi. Saya bukan kerja pecah undi. Ini kerja orang lain.

"Kerja saya fahamkan rakyat. Saya nak menang. Saya nak rakyat sokong saya," katanya.PKR meletakkan Anwar untuk bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh melepaskan jawatan untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum PKR itu menggantikannya.

Tindakan berkenaan menimbulkan kritikan pelbagai pihak kerana Lee tidak mempunyai alasan kukuh melepaskan jawatan kurang setahun selepas beliau dipilihan pengundi di Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac untuk tarikh pilihan raya di kerusi tersebut. ~tmi
 
Addin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.