Naib Presiden KEADILAN, N Suerendran mengesyaki tindakan MPH memutuskan
tidak menjual buku biografi Anwar Ibrahim kerana rangkaian kedai buku
itu dimiliki Syed Mokhtar Albukhary, kroni Umno-BN.
“Ada kemungkinan tindakan ini disebabkan arahan daripada orang atasan.
Syarikat MPH ini dimiliki oleh Syed Mukhtar Albukhary. “Jika disebabkan
desakan politik orang atasan, itu tidak wajar. Sepatutnya semua buku
dijual (tanpa ada sekatan politik), ” kata Surendran kepada
Keadilandaily.
Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Khairul Anuar
Ahmad Zainuddin berkata tindakan tersebut tidak profesional dan MPH
sepatutnya mengekalkan intergritinya yang bebas tanpa mengikut petunjuk
golongan politik tertentu.
“Buku-buku tentang tokoh politik, memoir seperti
tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) oun ada dijual di MPH. “MPH kena
pertahankan intergriti.
Tindakan MPH ini merupakan tindakan yang tidak profesional,” kata
Khairul MPH bookstore melalui rangakaian kedai buku syarikatnya
mengesahkan tidak menjual Biografi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, yang bertajuk ‘Evolution of Muslim Democrat’.
Bagaimanapun buku-buku tersebut didapati telah terjual di kedai buku lain seperti Borders dan Kinokuniya. ~kd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.