Kah..kah..kah..kah
Pesan Taib kepada BN negeri: Pastikan politik rasis Umno tidak masuk Sarawak
Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.
Kenyataan
Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN)
semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan
tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara
yang melibatkan kepentingan Sarawak.
Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

"Kita mesti berpegang kepada Perjanjian
Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej
Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri di
Kuching selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih
penggantinya.
Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura.

Katanya, tiada sebab bagi Umno
untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak kerana Parti Pesaka Bumiputera
(PBB) Taib cemerlang dalam menguruskan negeri dan hak rakyat Sarawak
seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia.
Rundi berkata, sosio-etnik negeri berbeza daripada Semenanjung Malaysia dan lebih baik ia dikendalikan oleh rakyat Sarawak yang memahaminya dengan lebih baik.

Taib pada hujung minggu lalu mengumumkan hasratnya untuk melepaskan
jawatan ketua menteri dan menghabiskan masa pada Sabtu dan Ahad untuk
pelan persaraannya bersama pemimpin PBB dan MT BN.
Pelbagai tuduhan
berlegar di media sosial dengan warga siber menuduh Putrajaya menghakis
banyak hak Sarawak dan Sabah dalam perjanjian 18 perkara yang membawa
kepada pembentukan Malaysia.
Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Wilfred Nisson, berkata Umno hanya "memahami isu-isu berkaitan kepentingan Melayu dan Islam" manakala di Sarawak, parti seperti PBB perlu memenuhi kepentingan pelbagai kumpulan etnik dan kepercayaan agama dan mazhab.
"Kita perlu menangani berbilang kaum, agama dengan berhati-hati untuk mengekalkan keharmonian sosial. "Di Sarawak, garis pemisahnya sangat nipis.

Justeru, kami perlu bersikap
lebih prihatin terhadap sensitiviti rakyat yang terdiri daripada
pelbagai kumpulan etnik. Terdapat lebih 40 kumpulan etnik di Sarawak.
"Oleh itu tiada siapa lagi yang memahami situasi ini lebih baik
melainkan rakyat Sarawak sendiri," katanya menjelaskan parti tunjang BN
di Semenanjung Malaysia itu sejak kebelakangan ini dilihat gagal
menguruskan keperluan masyarakat pelbagai kaum.
Pihak pembangkang, khususnya DAP juga tidak bersetuju cadangan kemasukan Umno ke Sarawak. Pengerusi DAP negeri, Chong Chien Jen, menimbulkan kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu apabila beliau menuduh Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai pro-Umno dan akan membawa parti Melayu itu ke Sarawak jika beliau menjadi ketua menteri .
Abang Johari, timbalan presiden II dalam PBB, merupakan salah seorang daripada tiga individu yang dikatakan bakal dipilih Taib sebagai ketua menteri bagi menggantikan beliau.

Apabila Abang Johari menuntut Chong, yang merupakan Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Kota Sentosa dan ahli Parlimen Bandar Kuching menarik
balik tuduhan itu, Chong berkata, beliau hanya akan melakukannya jika
DUN membawa usul untuk mengharamkan kemasukan Umno ke Sarawak.
Keengganan Chong mengalah menyebabkan Menteri Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem seorang lagi yang dikatakan bakal dipilih menjadi ketua menteri bertindak menggantung Chong.

Chong masih digantung daripada
sebarang persidangan dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Datuk
Amar Mohammad Asfia Awang Nassar baru-baru ini berkata, keputusan untuk
membatalkan penggantungan Chong hanya akan dibuat apabila dewan
bersidang pada Mei nanti.
Chong bakal terlepas beberapa sesi pertama memandangkan Asfia berkata beliau tidak akan membuat keputusan di luar Dewan.

Rundi berkata, tindakan Sarawak berpegang teguh dan
menghormati perjanjian itu tidak membuatkan mana-mana rakyat Sarawak
kurang kesetiaan kepada kerajaan persekutuan. "Kami 100% setia kepada
Malaysia.
Kami akan bersama-sama Malaysia di saat susah dan senang. "Tetapi hak Sarawak perlu dilindungi," katanya kepada The Malaysian Insider dan menambah Umno tidak berminat melakukannya. -TMI

Pejuang pejuang meloyo united tak mahu demo ker? Kalaulah DAP yang kata
macam ni, pasti ramai kera kera giler menyelar dan membidas selama
7hari didalam buletin utama tv3suku.
UMNO TAK ADA TELUR
Kah..kah..kah..kah
Lagi berita politik,videos,funny,edisi macai, etc. Like pages >>> https://www.facebook.com/pages/Jeneral-Yakuza-Ogawa
-AP

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.