Followers

Thursday, February 20, 2014

PANAS - Mufti Tak Tahu Halal Dan Haram ??




KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendedahkan hampir 90 peratus batik sutera yang dipakai oleh lelaki di Malaysia adalah batik yang diperbuat daripada sutera tulen.

Menurut aktivis PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaeid yang juga merupakan ahli tekstil yang berkecimpung dalam industri ini selama 30 tahun berkata, oleh itu katanya, adalah haram bagi seseorang lelaki itu untuk memakai pakaian batik yang diperbuat daripada sutera.


"Hari ini kita lihat masih ramai masyarakat Melayu Islam (lelaki) memakai pakaian batik yang berasaskan sutera.


"Mungkin ramai yang masih belum tahu mengenai hukumnya atau masih samar-samar, tetapi berdasarkan hadis sahih Nabi Muhammad sudah menjelaskan bahawa adalah haram bagi lelaki memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera tulen.

"Saya pernah jumpa seorang mufti (tidak boleh dijelaskan namanya, bagi menjaga aib) yang memakai baju batik yang berasaskan sutera ini.

"... bila saya tegur dia, saya kata dia pakai batik sutera... dia kata bukan, sebab dia kata harga batik itu murah, sebenarnya batik sutera bukan dinilai dari segi harga, tetapi dari segi jenis kainnya, iaitu ianya diperbuat daripada ulat malberi, saya tahulah saya ahli dalam bidang ini (tekstil)," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat lelaki Islam di negara ini prihatin akan pakaian yang dipakai terutama ketika majlis rasmi atau hari-hari tertentu yang diwajibkan memakai pakaian dari jenis itu.







Peringatan ini turut disampaikan beliau.

"Ingat dalam satu hadis juga mendedahkan bahawa diakhir zaman, ramai lelaki yang memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera, oleh itu lelaki jangan pakai pakaian yang berasakan sutera, kelak mengundang bala ALLAH S.W.T," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, PPIM menggesa agar kaum lelaki Islam supaya sedaya upaya menggelak daripada memilih pakaian yang diperbuat daripada sutera kerana sudah jelas hukumnya.

"Pengharaman pemakaian sutera oleh lelaki sudah jelas, jadi tidak perlu kepada fatwa pengharamannya," katanya.


Posted by Jeebond BLM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.