Followers

Thursday, February 20, 2014

NAJIB MAKIN TERTEKAN!!! Pemimpin Sabah desak PM letak jawatan diganti Tengku Razaleigh.

Photo: NAJIB MAKIN TERTEKAN!!! Pemimpin Sabah desak PM letak jawatan diganti Tengku Razaleigh.

Pengerusi Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebelum membuat lebih banyak kerosakan, dan mencadangkan agar ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan beliau.

"Jika Najib enggan berbuat demikian, Majlis Tertinggi Umno patut bermesyuarat dan memecat beliau sebagai presiden parti dan mencadangkan alternatifnya."Dalam keadaan ini, Star Sabah fikirkan tidak ada calon yang lebih baik melainkan Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri," kata Jeffrey.

Bagi beliau, ahli parlimen Gua Musang itu sepatutnya sudah menjadi perdana menteri pada tahun 1987 jika Mahkamah Tinggi mengambil kira 30 cawangan haram yang menyokong Dr Mahathir, memberikan jawatan itu kepada Tengku Razaleigh.

Jeffrey mengulas desakan bekas timbalan menteri yang meletakkan jawatan, P Waytha Moorthy yang meminta Najib meletakkan jawatan selepas gagal menunaikan janjinya untuk membela masyarakat India.

Pemimpin Hindraf itu mendesak agar Najib mengakui kelemahannya.Beliau juga berkata, seluruh menteri kabinet sepatutnya malu dengan sikap Najib itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Waytha bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, Najib sepatutnya mengakui kelemahannya secara terbuka kepada masyarakat India.

"Najib bukan pemimpin. Sebenarnya dia seorang yang sangat bahaya kerana dia hanya menjaga kepentingan dirinya sahaja."Pemimpin adalah orang yang menyelesaikan masalah, bukan mencipta masalah," kata Dr Jeffrey. ~tmi

PASPB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.