GEJALA BODEEEEK KAT MALAYSIA BERLAMBAAAAK !
SETAKAT semalam 40 laporan polis telah diterima di seluruh negara, berhubung kontroversi ‘Onederful Malaysia CNY 2014’.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, polis dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia sedang menyiasat sekiranya ada unsur-unsur melibatkan akta hasutan dalam video berkenaan.
Sesetengah pihak berpendapat menerusi klip sempena Tahun Baharu Cina itu Teresa Kok telah menghina Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, juga mempersenda keadaan keselamatan di Sabah.
Ramai yang tidak puas hati dan mendesak pihak berkuasa bertindak ke atas Anggota Parlimen Seputeh yang dianggap biadab itu.
Walaupun ada yang memberi tempoh 14 hari, Teresa berkeras tidak akan memohon maaf. Katanya dia tidak menghina atau menyebut mana-mana individu: “Siapa makan lada dialah terasa pedas!”
Mengenai sindiran
terhadap Sabah, beliau menegaskan: “Apa yang saya kata adalah apa yang
sebenarnya terjadi di negeri itu...”
Pasti sehari dua ini bilangan laporan polis terhadap YB wanita berkaca mata lagi masih bersendiri itu, akan meningkat.
Mungkin beratus, boleh jadi juga beribu, bergantung pada tukang kipas, kaki pusing dan batu api.
Apa yang pasti semakin bertimbunlah laporan polis di dalam stor! Sebenarnya laporan polis sudah menjadi budaya baharu kita sejak akhir-akhir ini.
Pantang silap sedikit pasti ada pihak yang kononnya amat tersinggung, lalu cepat-cepat membuat laporan.
Nampaknya ada semacam prosedur standard untuk membuat laporan polis.
Pertama, mesti ada ketua dan tiga empat orang pengiring, lagi ramai lagi meriah.
Kedua, mesti ada sepanduk bertulis kata-kata menghentam pihak yang hendak dilaporkan.
Ketiga – paling penting – mesti ada wartawan dan jurugambar.
Bagi sesetengah orang budaya baharu ini adalah gara-gara apa yang disebut desprado politik. Politikus dan para juak suka sangat buat laporan polis.
Ada juga berpendapat ini satu cara mudah untuk masuk surat khabar.
Malah, ada juga yang kata ini hanya acah-acah @ mengada-ada @ membuang masa. Bagi saya isu kecil atau besar, adalah hak rakyat untuk membuat laporan polis.
Tidak sahaja video Teresa, dalam masa sehari dua ini macam-macam isu telah mendorong orang untuk membuat laporan polis. Ada laporan polis dibuat terhadap Lim Chin Cheh sebab tidak fasal-fasal mengosongkan kerusi Adun Kajang.
Isu lembu masuk kondo, orang buat laporan polis. Perihal bola sepak – insiden pergaduhan semasa perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan T-Team – pun ada laporan polis dibuat.
Hatta, kangkung turun harga pun orang buat laporan polis. Bukan mengenai sayuran hijau itu, tetapi perihal perbuatan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang menyumbat kangkung ke dalam mulut patung yang mirip Najib.
Di Pulau Pinang banyak laporan polis dibuat berhubung tindakan melampau pihak tidak bertanggungjawab yang menggantung kain rentang berunsur provokasi agama di beberapa gereja.
Dalam masa yang sama laporan polis juga dibuat ke atas seorang guru lelaki Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng, Sungkai yang menggantung loceng lembu dan menyuruh dua murid makan rumput.
Laporan polis dibuat terhadap Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo yang didakwa berbohong kerana gagal mempamerkan surat guaman yang didakwa telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan 23 Disember lalu.
Pendek kata, dalam masa tidak sampai sebulan ada sekian banyak laporan polis dibuat mengenai pelbagai isu. Paling banyak laporan polis dibuat – lebih 1,000 – ialah mengenai Himpunan Guling Kerajaan malam tahun baharu 2014. Siasatan belum selesai.
Sesetengah laporan mengambil masa lama untuk disiasat. Contoh laporan polis yang dibuat di Kota Baharu, Kelantan 20 November 2012, mengenai tindakan Pas mendoakan Umno ‘KO’. Sudah lebih dua tahun polis belum menyiasat. Saya tidak menyalahkan polis. Ada sekian banyak kes lebih besar dan mendesak yang perlu disiasat.
Walaupun beribu-ribu aduan bertimbun dan berhabuk dalam stor tidak disiasat, teruskanlah budaya membuat laporan polis. Bagi orang media, laporan polis walaupun isu paling kecil dan remeh, tetap ada nilai berita. Boleh jual surat khabar!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.