Followers

Sunday, February 23, 2014

Laporan Polis esok...

Laporan Polis esok...

Saya memahami di bawah Akta Imigresen 1959/63, samada Sabah atau Sarawak ada perjanjian mengenai larangan atau penolakan masuk atas arahan Pihak Berkuasa Negeri. 

Namun, menyekat masuk tanpa sebarang alasan adalah tidak munasabah. Pihak Imigresen di Lapangan Terbang Sibu pun bersimpati dengan saya. Salah seorang dari mereka mengatakan, ' kami pun tidak suka buat tindakan seperti ini. Kami pun tak tau apa kesalahan En Mazlan. Kami tidak boleh buat apa2, ia arahan dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak,'.

Saya difahamkan sejak kali terakhir saya ditahan di Lapangan Terbang Miri pada 6 Julai 2011, ia telah ditarik balik. Selepas Pru 13, saya telah minta sahabat2 di Sarawak buat semakan status saya dengan Imigresen. Mereka mengatakan saya sudah boleh masuk Sarawak. 

Saya yakin, larangan saya diperbaharui semula baru2 ini. Ia mungkin ada kaitan dengan penganjuran Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Halehwal Orang Asal PAS Pusat dengan kerjasama PAS Sarawak; HIMPUNAN TANAH SARAWAK di Beting Maro esok yang dirasmikan oleh Presiden PAS.

Apapun, penganjuran tersebut mengikut peraturan pihak polis. Mengikut Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andre@Hood Zulkarnain, persiapan mengambil kira peruntukan undang2 dan sensitiviti masyarakat. Lagipun ia hak asasi seseorang dan kebebasan demokrasi seperti jaminan dalam fasal 10 Perlembagaan Persekutuan.

Adalah pelik berjuta pendatang asing boleh masuk negara ini dengan mudah meskipun sesetengahnya jadi bebanan dan menimbulkan masalah jenayah. Rakyat sendiri di tahan masuk dalam negara sendiri tanpa alasan kukuh. Ini tindakan politik kuno yang didalangi Taib Mahmod.

Esok, 23 feb, jam 10 pagi, saya akan buat Laporan Polis di Balai Polis Kulaijaya. Peguam saya, Sdr Zamri Khuzaimie juga telah buat laporan Polis di Balai Polis Sibujaya petang tadi. Langkah perundangan sedang dikaji.
 
Saya memahami di bawah Akta Imigresen 1959/63, samada Sabah atau Sarawak ada perjanjian mengenai larangan atau penolakan masuk atas arahan Pihak Berkuasa Negeri. 

Namun, menyekat masuk tanpa sebarang alasan adalah tidak munasabah. Pihak Imigresen di Lapangan Terbang Sibu pun bersimpati dengan saya. Salah seorang dari mereka mengatakan, ' kami pun tidak suka buat tindakan seperti ini. 

Kami pun tak tau apa kesalahan En Mazlan. Kami tidak boleh buat apa2, ia arahan dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak,'.

Saya difahamkan sejak kali terakhir saya ditahan di Lapangan Terbang Miri pada 6 Julai 2011, ia telah ditarik balik. Selepas Pru 13, saya telah minta sahabat2 di Sarawak buat semakan status saya dengan Imigresen. Mereka mengatakan saya sudah boleh masuk Sarawak. 

Saya yakin, larangan saya diperbaharui semula baru2 ini. Ia mungkin ada kaitan dengan penganjuran Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Halehwal Orang Asal PAS Pusat dengan kerjasama PAS Sarawak; HIMPUNAN TANAH SARAWAK di Beting Maro esok yang dirasmikan oleh Presiden PAS.

Apapun, penganjuran tersebut mengikut peraturan pihak polis. Mengikut Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andre@Hood Zulkarnain, persiapan mengambil kira peruntukan undang2 dan sensitiviti masyarakat. 

Lagipun ia hak asasi seseorang dan kebebasan demokrasi seperti jaminan dalam fasal 10 Perlembagaan Persekutuan.

Adalah pelik berjuta pendatang asing boleh masuk negara ini dengan mudah meskipun sesetengahnya jadi bebanan dan menimbulkan masalah jenayah. Rakyat sendiri di tahan masuk dalam negara sendiri tanpa alasan kukuh. Ini tindakan politik kuno yang didalangi Taib Mahmod.

Esok, 23 feb, jam 10 pagi, saya akan buat Laporan Polis di Balai Polis Kulaijaya. Peguam saya, Sdr Zamri Khuzaimie juga telah buat laporan Polis di Balai Polis Sibujaya petang tadi. Langkah perundangan sedang dikaji.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.