Followers

Monday, February 10, 2014

KERETA RASMI EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN YANG PARKIR DI TEMPAT YANG DIKHASKAN UNTUK OKU - Kereta siapa tu?

Teladan Yang Baik Dari Seorang Pemimpin?

 
Dato' Norhayati Omar

Baru-baru ini kecoh pasal kereta rasmi Exco Kerajaan Negeri Sembilan nombor pendaftaran NBD 7 , kereta Honda Accord 2.4 warna hitam meletakkan keretanya di parkir yang di khaskan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) di Jalan Dato' Bandar Tunggal Seremban, Negeri Sembilan berhampiran dengan bangunan Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan.

Rupa-rupanya kereta tersebut adalah kereta rasmi Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan merangkap ADUN N18 Pilah yang juga Exco Kebajikan Pembangunan Wanita Dan Keluarga serta Exco Pergerakan Wanita Malaysia, Dato' Norhayati Omar .. sayap tulang belakang UMNO.

Salah satu dari bidang tugas sebagai Exco Kebajikan Pembangunan Wanita Dan Keluarga ialah menjaga Jabatan Kebajikan Masyarakat sebuah agensi kerajaan yang menjaga OKU .. sudah sewajarnya beliau terlalu arif tentang mengapa di wujudkan kawasan parkir yang dikhaskan untuk warga OKU.

Kalau prinsip asas semudah ini pun dia langgar semacam .. cuba bayangkan perkara yang lain.


Ori post - Omak Kau!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.