Followers

Tuesday, February 25, 2014

KERAJAAN PR PENANG TAKKAN LULUS LESEN KASINO..TAPI KERAJAAN JOHOR NAK BUKA CASINO PULA?

Info Pakatan Rakyat
 



Pakatan Rakyat Johor dalam satu kenyataan bersama semalam membantah sebarang cadangan pembinaan kasino di negeri ini.

Kami juga amat prihatin dengan desas-desus yang mengatakan bahawa sebuah kasino akan dibina di negeri Johor.

“Kami mendesak kerajaan negeri Johor supaya memberikan jaminan kepada semua rakyat bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kasino di mana-mana pelosok di Negeri Johor.

“Kita perlu sedar bahawa pembinaan kasino akan membawa impak yang besar kepada sosio ekonomi negara kita secara amnya dan rakyat Johor secara khususnya.

“Adalah dijangkakan pelbagai masalah sosial yang akan memusnahkan institusi keluarga akan timbul jika wujudnya sebuah kasino di negeri Johor,” kenyataan bersama dipetik.

Kenyataan bersama ditersebut dikeluarkan Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi DAP Negeri Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN merangkap penyelaras Parlimen Tebrau, Steven Choong,

Menurut kenyataan itu lagi perkara ini tidak seharusnya dipandang semata-mata dari segi keagamaan sahaja kerana judi merupakan kegiatan yang tidak produktif.

“Dengan kata lain, perjudian tidak dapat meningkatkan produktiviti keseluruhan masyarakat atau tidak dapat menghasilkan sebarang produk sahih yang membawa manfaat kepada masyarakat.


“Sebaliknya, perjudian akan menyebabkan produktiviti masyarakat kita merosot dan kehilangan daya saing.

“Atas sebab-sebab ini, sekali lagi kita mendesak kerajaan negerimemberi jaminan kepada seluruh rakyat Johor tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kasino di negeri Johor,” tegas kenyataan tersebut.

Pulau Pinang tidak lulus kasino kerana banyak kemudaratan daripada kebaikan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak meluluskan kasino yang lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan sebaliknya meluluskan projek pemangkin ekonomi, termasuk Ikea.

Beliau berkata, walaupun manfaat ekonomi daripada kasino berlipat kali ganda, kesan sosial dan rohani adalah terlalu berat dan tinggi untuk ditanggung masyarakat pelbagai budaya dan majmuk di negeri Pulau Mutiara itu.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat gembira kerana IKEA telah memutuskan untuk membuka kedai pertama mereka di luar Kuala Lumpur iaitu di Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Keputusan ini adalah rangsangan keyakinan yang kuat untuk aspirasi Pulau Pinang ke arah bandar antarabangsa dan pintar,” katanya dalam kenyataan media di Komtar, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, projek itu adalah usahasama antara syarikat induknya, Ikano dan sebuah syarikat tempatan akan membangunkan pusat sehenti hijau (green one-stop center) bagi pembuatan termaju, perkhidmatan dan hab logistik; sebuah pusat kecemerlangan pendidikan, lokasi kediaman perdana dan sebagai pusat komersil dan runcit.

Menurutnya, beliau sudah bertemu dengan pasukan teknikal IKEA dan pasukan reka bentuk IKEA daripada Pengurus Projek Pelaburan, Mikael Winqvist; Pengurus Rekaan Serantau, Tim Denoon, dan Penolong Pengurus Pengembangan, Edward Ng.

Penjualan 245 ekar tanah oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Batu Kawan bernilai RM484 juta, di mana pusat membeli-belah dijangka akan siap dalam tempoh lima tahun.

Daripada jumlah itu 30 ekar untuk pembangunan kedai utama Ikano iaitu Kedai IKEA dan Fasa 1 pusat membeli-belah, 45 ekar untuk pembangunan fasa 2 pusat membeli-belah; dan 170 ekar untuk projek pembangunan bercampur.

PDC sudah menerima deposit tidak boleh dikembalikan (non-refundable) bernilai RM5 juta.

Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan pelaburan Ikano yang bukan sahaja akan bertindak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi tetapi juga meletakkan Batu Kawan di peta antarabangsa sebagai tapak bertaraf dunia bagi pusat komersial industri, peruncitan, pendidikan dan kesihatan serta gaya hidup.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.