Followers

Wednesday, February 19, 2014

KDN, ROS digesa segera luluskan pendaftaran Pakatan Rakyat


Photo: Selasa, 18 Februari 2014.

KDN, ROS digesa segera luluskan pendaftaran Pakatan Rakyat
 

KUALA LUMPUR - Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan secepat mungkin pendaftaran Pakatan Rakyat sebelum Konvensyen PR kali ke-5, 8 Mac ini berlangsung.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata Pakatan Rakyat telah berusaha banyak kali untuk mendaftar tetapi sehingga hari ini belum diterima oleh ROS.

"Kita harap dapat sebelum konvensyen kali ini, kalau dapat kita akan lancar dalam konvensyen itu nanti.

"Sudah lima kali kita buat konvensyen paling tidak tiga kali kita buat permohonan untuk daftarkan Pakatan Rakyat dengan ROS," katanya dalam sidang media bersama Datuk Mustafa Ali dan Datuk Saifuddin Nasution di Pejabat Agung PAS.

Menurut Anthony, setiap kali berlaku pilihan raya Pakatan Rakyat menghadapi masalah apabila pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan bendera dan logo Pakatan Rakyat.

"Alasan mereka kerana parti yang bertanding adalah satu parti bukan ketiga-tiga parti," katanya.

Sementara itu, Mustafa menegaskan permohonan mendaftarkan Pakatan Rakyat telah lama dibuat sejak beberapa tahun lalu.

Bahkan jelas Saifuddin, kali terakhir mereka membuat permohonan pendaftaran pada bulan Januari lalu dan sering membuat susulan dengan ROS bagi memastikan permohonan segera diluluskan.

"Saya difahamkan hampir 20 parti politik baru diluluskan oleh ROS!," tambah Saifuddin. - Harakahdaily

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com. KUALA LUMPUR - Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan secepat mungkin pendaftaran Pakatan Rakyat sebelum Konvensyen PR kali ke-5, 8 Mac ini berlangsung.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata Pakatan Rakyat telah berusaha banyak kali untuk mendaftar tetapi sehingga hari ini belum diterima oleh ROS.

"Kita harap dapat sebelum konvensyen kali ini, kalau dapat kita akan lancar dalam konvensyen itu nanti.

"Sudah lima kali kita buat konvensyen paling tidak tiga kali kita buat permohonan untuk daftarkan Pakatan Rakyat dengan ROS," katanya dalam sidang media bersama Datuk Mustafa Ali dan Datuk Saifuddin Nasution di Pejabat Agung PAS.

Menurut Anthony, setiap kali berlaku pilihan raya Pakatan Rakyat menghadapi masalah apabila pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan bendera dan logo Pakatan Rakyat.

"Alasan mereka kerana parti yang bertanding adalah satu parti bukan ketiga-tiga parti," katanya.

Sementara itu, Mustafa menegaskan permohonan mendaftarkan Pakatan Rakyat telah lama dibuat sejak beberapa tahun lalu.

Bahkan jelas Saifuddin, kali terakhir mereka membuat permohonan pendaftaran pada bulan Januari lalu dan sering membuat susulan dengan ROS bagi memastikan permohonan segera diluluskan.

"Saya difahamkan hampir 20 parti politik baru diluluskan oleh ROS!," tambah Saifuddin. - Harakahdaily

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.