Mahkamah
Tinggi memutuskan pengerusi DAP Karpal Singh bersalah membuat kenyataan
hasutan terhadap Sultan Azlan Shah dalam isu pertukaran menteri besar
Mohammad Nizar Jamaluddin lima tahun lalu.
Keputusan dalam kes panjang itu disampaikan oleh Hakim Azman Abdullah.
Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 7
Mac untuk menjatuhkan hukuman setelah peguam Karpal Singh, Gobind Singh
Deo yang juga anaknya, memberitahu mahkamah bahawa tertuduh tidak berapa
sihat dan memerlukan masa untuk menyediakan mitigasi.
Karpal, 74, didakwa mengikut Seksyen
4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga
tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya. Jika hukuman itu dijatuhkan,
beliau secara automatik akan kehilangan kerusi Parlimennya.
Bercakap kepada media, MP Gelugor Bukit itu berkata beliau akan merayu terhadap sabitan itu dalam tempoh dua minggu.
"Kami menerima keputusan mahkamah pada peringkat ini dan saya akan merayu," katanya.
Sambil memandang penasihat DAP, Karpal tersenyum dan berkata: "Ini bukan kali pertama saya disabitkan".
Galeri awam sebelum itu penuh dengan
penyokong DAP yang memakai baju-T, manakala mereka yang tidak dapat
tempat duduk diminta oleh bailif menunggu di luar.
BATU VS KAYU
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.