Followers

Friday, February 28, 2014

Kadir yakin pakatan Najib dan Anwar akan menggembirakan semua pihak.


Idea Jahat Blogger Mahathir Kepada Najib Untuk Hancurkan PR

 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh melawan pengkritiknya jika beliau berpakat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.

Menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press Bhd itu, sekiranya kedua-dua pemimpin tersebut berpakat, kesudahannya pasti menguntungkan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib dan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Anwar.

"Kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin terhadap Najib boleh diketepikan sekiranya Najib berpakat dengan Anwar.

"Najib dan kumpulannya boleh bergantung kepada Anwar untuk berlawan dengan Dr Mahathir dan Daim," kata Kadir dalam tulisan di blognya The Scribe hari ini.


Pakatan Najib dengan Anwar mampu menguatkan lagi kedudukannya, serta menghapuskan PR dan pengkritiknya yang paling lantang.

"Anwar boleh menikmati keistimewaan dan juga dilindungi, sekiranya beliau menjadi ahli kerajaan. Semua orang akan bahagia" katanya.

Sebelum ini, Daim pernah mengkritik Najib sebagai seorang pemimpin yang tidak tegas dan rapuh dalam menguatkuasakan undang-undang negara.

Beliau turut mengatakan bahawa ahli Kabinet yang dilantik datang daripada mereka yang cetek pengetahuan dan tidak mempunyai semangat patriotisme.

Daim juga turut mengkritik Anwar dan menggelar pemimpin pembangkang tersebut sebagai gila publisiti dan sukakan perhatian, selain tidak mampu menyelesaikan masalah.

Menurut Kadir, selain menentang Daim, Anwar juga boleh menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hasil pakatan dengan Najib.

"Anwar mempunyai kebolehan menjauhkan Selangor daripada PR sekiranya beliau berasa hampir kalah. Sekiranya beliau berpakat dengan Najib, beliau boleh mengeluarkan Khalid," katanya.

Spekulasi timbul bahawa Anwar akan menggantikan Khalid sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac nanti.

PRK Kajang diadakan selepas peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan tersebut, Lee Chin Cheh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding disana.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 23 Mac untuk hari PRK dan 11 Mac sebagai hari penamaan calon.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.