Followers

Monday, February 24, 2014

Idris Jala Letak Jawatan? - Addin

 

Sekarang rakyat Malaysia tahu mengapa Datuk Seri Idris Jala (gambar) berdiam diri selama selama ini ketika perdebatan isu kalimah Allah semakin hangat dibangkitkan.

Beliau tidak mempunyai penjelasan yang masuk akal ke atas sikap tidak berpendirian kerajaan dalam menghormati penyelesaian 10-perkara melibatkan penganut Kristian, walaupun dirinya sendiri adalah arkitek penyelesaian tersebut.

Beliau juga masih mencari alasan karut untuk mewajarkan langkah tidak berasas Putrajaya dalam kontroversi rampasan kitab Injil oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor.

Dan kemudiannya, beliau bekerja keras untuk mencari jawapan munasabah untuk menjelaskan keputusan kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan di Sabah dan Sarawak tetapi dilarang penggunaannya dalam akhbar mingguan Katolik, Herald.

Masalah selesai.

Hari ini, Idris dalam tulisan kolumnya di akhbar milik MCA, The Star menawarkan alasan paling bodoh mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Herald dilayan secara berbeza dengan kandungannya dalam Al-Kitab.

Ia adalah sikap tidak jujur dan tidak ikhlas oleh menteri tersebut. Benarkah?

Adakah beliau pertimbangkan penerbitan yang dijual di kawasan gereja kepada beberapa ribu penganut Katolik sebagai penerbitan yang diedarkan secara meluas.

Penggunaan kalimah Allah dalam Herald versi bahasa Melayu terhad untuk dibaca oleh penganut Katolik yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Ketika pengedarannya tinggi, akhbar tersebut terjual sebanyak 14,000 salinan tetapi sekarang hanya terjual sekitar 8,000 salinan.

Idris hanya mengulangi hujah tidak masuk akal yang digunakan oleh Menteri Dalam Negeri untuk mewajarkan arahan menghalang Herald daripada menggunakan kalimah Allah.

Sebab utama mengapa Uskup Utama Kuala Lumpur mengheret kerajaan ke mahkamah adalah kerana penganut Katolik/Kristian akhirnya sedar mereka tidak lagi boleh mempercayai janji perdana menteri.

Malah, Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah walaupun arahan pada 1986 tersebut digunakan Tan Sri Syed Hamid Albar untuk sekadar menonjolkan dirinya semasa menjadi Menteri Dalam Negeri ketika di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hanya satu perkara yang boleh dijadikan pengajaran dalam kolum Idris, penganut Kristian tidak boleh mengharapkan menteri Kristian dalam Kabinet untuk menyelesaikan kemelut kalimah Allah.

Penyelesaian 10-perkara tidak berkesan walaupun Idris menekankan secara faktanya empat juta lebih penduduk Sabah dan Sarawak berkunjung ke semenanjung setiap tahun.

Pokoknya, terdapat ramai warga Sabah dan Sarawak yang bekerja di semenanjung dan beribadat di banyak gereja dalam Bahasa Malaysia.

Wajarkah mereka mengetahui tentang sesuatu majlis dalam bahasa Inggeris daripada menggunakan bahasa Melayu?

Bagaimana pula itu, Idris.

Pendapat akhir, Father Lawrence Andrew harus dipuji. Penerbitan kecil saudara mempunyai ramai pembaca dan lebih berpengaruh daripada Injil! ~tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.