Kumpulan pendesak guru merancang untuk mengadakan bantahan di
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hujung bulan ini bagi
mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar.
Bantahan yang jarang diadakan dari bidang perguruan itu menunjukkan
rasa tidak puas hati warga pendidik yang semakin tinggi terhadap sistem
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA), kata jurucakap Suara Guru
Masyarakat Malaysia (SGMM).
Himpunan ini dirancang juga biar pun berulang kali jaminan diberikan Putrajaya bahawa SBA satu keperluan kepada pembaharuan sistem pendidikan kebangsaan dan penambahbaikan kepada sistem akan diselesaikan April ini.
Ketua kumpulan kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata bantahan #himpunan222kpmputrajaya akan diadakan pada 22 Februari di hadapan KPM Putrajaya.
"Kami mengadakannya pada Sabtu bagi memberi lebih banyak guru peluang menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab ini," katanya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Pahang. – 5 Februari, 2014.
The Malaysian Insider.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.