Kenyataan Soi Lek ibarat pepatah ‘nasi sudah jadi bubur’
Ng Kee Seng
KOMEN: Sebenarnya
tindak tanduk serta kenyataan ahli-ahli politik Malaysia begitu mudah
untuk diramalkan serta ada segelintir dalam kalangan mereka disifatkan
"tidak tahu malu".
Apabila mereka
berada dalam tampuk pemerintahan serta berkuasa, pemimpin bukan Umno
dalam komponen Barisan Nasional (BN) secara harfiah menjadi "pekak dan
bisu" kepada kesengsaraan rakyat dan negara.
Walau
bagaimanapun, sebaik sahaja mereka berada di luar bidang tampuk kuasa
dan tidak mempunyai apa-apa jawatan dengan tidak semena-mena mereka
berubah menjadi pengkritik yang tidak takut kepada pemimpin yang
mempunyai kuasa dan berada dalam lingkaran tersebut.
Terdahulu,
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menemui "keberanian" untuk
mengkritik dan menyalahkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad dan Umno sebagai punca yang membuatkan BN lemah.
Mengapa tidak
ada pesuruh Umno yang mengetuai parti-parti gabungan BN membuat tuduhan
seperti Chua? Dimanakah pra-kontrak Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong
Lai? Jawapannya: 'jaga periuk nasi sendiri' semasa dalam kuasa.
Tidak ada
rakyat Malaysia yang mempercayai ahli politik sama ada dalam BN atau
Pakatan kerana dalam arena politik apa yang penting adalah untuk
berkhidmat atau menjaga kebajikan rakyat.
Satu-satunya perbezaan adalah bagaimana secara terang-terangan mereka menyalahgunakan kedudukan mereka untuk keuntungan peribadi.
Kejayaan mereka boleh dinilai berdasarkan kekayaan dimiliki sebagai contoh rumah banglo besar, kereta besar, majlis makan malam perkahwinan yang lebih besar ... di negara ini tidak ada kesukaran untuk mengisi senarai tersebut.
Satu-satunya perbezaan adalah bagaimana secara terang-terangan mereka menyalahgunakan kedudukan mereka untuk keuntungan peribadi.
Kejayaan mereka boleh dinilai berdasarkan kekayaan dimiliki sebagai contoh rumah banglo besar, kereta besar, majlis makan malam perkahwinan yang lebih besar ... di negara ini tidak ada kesukaran untuk mengisi senarai tersebut.
Salah satu
"pendedahan" paling ketara yang Chua lakukan menerusi satu kenyataan
beliau di laman sosial Facebook ialah: "Keputusan yang dibuat oleh
Majlis Tertinggi Umno sering menjadikan keputusan Jemaah Menteri dan
yang telah saya nyatakan sebelum ini dalam Konvensyen BN kepada rakyat
bahawa Umno adalah 'taiko' dan jika ia menjadi sombong dan mengamalkan
pemerintahan 'kuku besi' ia akan memberi impak serta kesan buruk ke atas
parti-parti dalam parti komponen tersebut.
"Pendekatan ini
secara tidak langsung telah melemahkan model perkongsian kuasa yang
sebelum ini berkesan dalam BN dengan membolehkan tindakan penyalahgunaan
kepada pihak yang bersetuju yang menyokong Bumiputera seperti Polisi
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang terus "mengasingkan" masyarakat bukan
Melayu.
"... Dalam
tempoh 21 tahun dibawah kepimpinan Tun Mahathir, kita dapat melihat
bahawa pertumbuhan kekuatan politik Umno telah membuat rakan-rakan
gabungan berdaya saing dalam BN.
"Ia bukannya
seperti kata-kata lelaki berada di jalanan tetapi merupakan seorang
bekas anggota Kabinet yang begitu banyak menyimpan rahsia. Bolehkah Umno
mempertikaikan beliau?".
Mengapa Chua
dan semua bekas serta ahli-ahli Kabinet pada masa kini membenarkan Umno
untuk menentukan keputusan kerajaan apabila mereka telah dipilih dan
dengan itu bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara?
Chua. Saya
minta maaf untuk menyatakan perkara ini tetapi "pendedahan" anda tidak
akan mendapat pujian, adakah anda akan dapat membuat kemunculan semula
dalam arena politik atau mendapatkan semula keyakinan masyarakat Cina,
jika itu niat anda.
Ia hanya
mengesahkan persepsi rakyat bahawa semua ahli kabinet bukan Umno sama
ada sebelumnya dan sekarang hanyalah sebagai pesuruh Umno untuk menjaga
kedudukan mereka.
Mereka tidak boleh dipercayai walaupun dalam perkara mudah untuk mempertahankan hak-hak rakyat Malaysia dan perpaduan negara.
Mereka tidak akan bertindak untuk menghentikan serangan puak konservatif Umno yang fanatik menggunakan bangsa dan agama untuk mengancam rakyat Malaysia dan perpaduan negara.
Mereka tidak akan bertindak untuk menghentikan serangan puak konservatif Umno yang fanatik menggunakan bangsa dan agama untuk mengancam rakyat Malaysia dan perpaduan negara.
Chua, anda
tidak akan mendapat apa-apa simpati atau hanya memperolehi kredibiliti.
Sepatutnya anda telah bertindak atau melakukan sesuatu untuk
menghentikan Umno supaya berada landasan betul apabila anda (satu ketika
dahulu) berada dalam tampuk pemerintahan dan berkuasa bukannya
sekarang.
Untuk Chua dan
mereka yang seumpama dengannya, apa gunanya apabila nasi sudah menjadi
bubur? - (bermakna cuba untuk memperbetulkan kerosakan sedia ada
ternyata sudah tidak boleh diperbaiki atau diperbetulkan lagi).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.