Datuk Seri Najib Razak harus meletakkan jawatan sebagai perdana
menteri kerana gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India yang
miskin, kata Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy( gambar ) hari ini.
"Beliau sudah hilang kuasa moral untuk memimpin negara," kata Waytha
Moorthy yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri
minggu lalu.
Beliau meninggalkan sidang media tanpa melayan sebarang soalan daripada
pemberita dan bercakap berdasarkan kenyataan yang disediakan.Timbalan
Pengerusi Hindraf, V Sambulingam memberitahu pemberita, satu
lagi sidang media akan diadakan pada Sabtu di mana Waytha Moorthy akan
menjawab soalan pemberita.
Katanya parti komponen Barisan Nasional (BN) seharusnya malu dipimpin
oleh pemimpin yang membuat pembohongan secara terbuka tentang kontrak
yang dibuatnya dengan komuniti India.
"Kami meneruskan perjuangan. PM mesti faham, beliau boleh tipu kami,
akan tetapi beliau tidak akan berjaya merampas maruah kami," katanya
kepada pemberita yang memenuhi pejabatnya di Brickfields.
Anggota Hindraf yang hadir untuk menyokong Waytha Moorthy hadir dengan
pakaian oren.Waytha Moorthy mengatakan Najib menipu rakyat Malaysia
apabila
mengatakan "Saya tidak berbincang dengannya mengenai peletakan
jawatan."TMI

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.