Kejam
dan zalim tidak pernah mengenal jantina, ini hakikat yang perlu kita
akur. Biasanya terdapat faktor-faktor tertentu yang mendorong individu
tertentu, termasuklah wanita untuk menjadi seseorang yang zalim dan
kejam.
Antaranya,
ialah penindasan dan penyeksaan yang dialami pada masa silam,
ketidakadilan undang-undang dan kepincangan masyarakat. Namun ada juga
yang membunuh, sekali gus menjadi zalim dan kejam tanpa sebab yang
berasas dan faktor yang munasabah.
Berikut dipaparkan 10 orang wanita paling kejam di dunia.
1. Jiang Qing(1914-1991)
Jiang Qing atau Madame Mao adalah isteri kepada diktator Komunis China, Mao Zedong.
Beliau
menjadi dalang di sebalik Revolusi Budaya China yang digelar Red Guards.
Kezaliman yang dilakukan wanita ini ialah penyeksaan terhadap penduduk
China yang enggan patuh pada arahan ketenteraan. Mangsa kekejamannya
dikatakan melebihi 500 ribu orang
2. Elizabeth I of England(1533-1603)
Beliau
digelar sebagai Raja Paling Kejam kerana membunuh ribuan penganut
Katolik di Ireland. Beliau turut terlibat dlam rompakan terhadap kapal
Sepanyol dan turut menjadi dalang pemerdagangan kanak-kanak. Mangsa
kekejamannya lebih kurang 1000 orang.
3. Elena Ceau Escu(1916-1989)
Wanita
kelahiran Romania ini merupakan isteri kepada pemimpin Komunis Nicolae
Ceausescu. Beliau bertanggungjawab terhadap kelahiran bayi haram antara
tahun 1970 dan 1980, serta melakukan penindasan di gereja dan menyekat
makanan kepada golongan miskin hingga menyebabkan kebuluran. Korban
kekejamannya dikatakan seramai 100 orang
4. Phoolan Devi (1963-2001)
Beliau
telah melakukan kebangkitan bersenjata bersama kumpulan samseng pimpinan
bekas suaminya. Beliau telah membunuh 22 orang lelaki yang pernah
merogolnya beramai di Behmai, India. Secara peribadi saya menanggap
kisahnya amat menyayat hati dan keadaan telah memaksanya menjadi ganas
dan kejam.
5. Rosemary West(1953)
Telah
melakukan pembunuhan bersama suaminya,Fred West. Beliau telah menyeksa
dan membunuh 12 orang wanita termasuk anaknya. Pasangan ini juga
menculik mangsa di perhentian bas sekitar Glouster,Britain.
6. Delphine Lalaurie(1775-1842).
Melakukan
penderaan terhadap kanak-kanak dengan merantai kaki dan mengurung
mereka di loteng rumah. Perkara ini dibongkar ketika anggota bomba
melakukan siasatan kes kebakaran di rumahnya New Orleans, Amerika
Syarikat. Beliau menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa uji kaji
penukaran jantina dan membiarkan mereka kelaparan dengan menjahit mulut
kanak-kanak tersebut.
7. Marybeth Tinning (1972- 1985)
Beliau telah membunuh Sembilan orang anaknya dengan mencekik kesemua mangsa. Beliau akhirnya dihukum penjara selama 20 tahun.
8. Dorothea Puente (1929)
Kekejamannya
ialah membunuh penyewa yang menyewa di kawasan kejiran dengan memenggal
kepala dan merompak wang mangsa ketika mangsa sedang tidur.
9. Karla Homolka(1970)
Beliau
telah bersubahat dengan suaminya, Paul Bernado untuk merogol dan
membunuh gadis termasuk adiknya sendiri, Tammy Homolka. Bagaimanapun,
warga Amerika Syarikat ini dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas 12
tahun dipenjarakan.
10. Williamina ‘Minnie’ Dean (1844-1895)
Beliau
merupakan seorang pengasuh kanak-kanak paling kejam di New Zealand.
Beliau telah membunuh puluhan kanak-kanak yang diambil sebagai anak
angkat daripada golongan ibu tunggal.
Pelbagai lagi di malaysiasensasi.net
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.