Zahid Hamidi sepatutnya menyambut hari jadinya dengan jamuan bihun dan kuih sahaja
Bagi PAS, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya menyambut hari
jadinya bersama cucu dengan jamuan bihun dan kuih sahaja, sesuai dengan
saranan kerajaan agar semua rakyat berjimat cermat.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) mengutuk
majlis sambutan hari jadi Menteri Dalam Negeri itu yang dilaporkan
diadakan dengan begitu mewah di kala rakyat disarankan menjalani
kehidupan berjimat cermat oleh kerajaan.
Mahfuz menyifatkan pendedahan tersebut amat mengejutkan memandangkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru sahaja mengumumkan
pemotongan 10% elaun keraian menteri dan timbalan menteri dalam 11
langkah penjimatan mengurangkan perbelanjaan sektor awam.
Beliau mempersoalkan mengapa menteri itu mengadakan sambutan majlis hari
jadi yang begitu mewah walhal Ahmad Zahid boleh mengadakan jamuan
sederhana di rumah yang dihidangkan bihun, pulut kuning dan kuih
sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat umum.
"Saya amat terkejut apabila membaca berita berkenaan sehingga
menimbulkan satu tanda tanya dari manakah sumber kewangan yang diperoleh
untuk membiayai sambutan tersebut.
"Biarpun difahamkan ia adalah sambutan hari jadi yang dibuat sekali
bersama cucunya namun kenapa tidak dibuat di rumah bersama keluarga,
antara atuk dan cucu dengan hanya dihidangkan bihun, pulut kuning dan
kuih. Saya rasa itu sudah mencukupi," katanya kepada media.
Mahfuz berkata demikian mengulas mengenai laporan The Malaysian Insider
hari ini yang mendedahkan Ahmad Zahid telah menganjurkan parti hari
jadi mewah di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur semalam dimana
tetamunya mendakwa ia menjadi sambutan Tahun Baru.
Justeru itu Mahfuz menggesa agar menteri itu tampil menjelaskan
pendedahan tersebut termasuk memberitahu kepada rakyat berapakah wang
yang dihabiskan bagi menyambut hari jadi tersebut.
Beliau juga mahu pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk
menyiasat dakwaan tersebut kerana wujudnya kemewahan luar biasa
ditonjolkan oleh pemimpin tersebut.
Sambutan hari jadi tengahari semalam yang diadakan selepas Putrajaya
mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang
melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan
pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan
pengubahsuaian pejabat, amat menjolok mata.
Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian
Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu dan yang
menyambut ulang tahun berpakaian merah sebagai tema parti itu.
Tetamu Ahmad Zahid memenuhi ruang makan di dewan tarian utama hotel ini
manakala dia bercampur dengan mereka, termasuk beberapa pegawai kanan
kerajaan yang telah dijemput melalui e-mel yang ditunjukkan kepada The
Malaysian Insider.
Naib Presiden Umno ini tersenyum lebar sambil berjabat tangan dengan
semua yang hadir selepas parti berakhir, sementara kereta-kereta mewah
dengan pemandu berbaris di depan hotel, menyebabkan lalu lintas tersekat
selepas dihentikan oleh Porsche Cayennes hitam dan Toyota Alphards yang
diletakkan di tepi jalan.
The Malaysian Insider cuba untuk bercakap dengan Ahmad Zahid tetapi
dihalang oleh pengawal peribadi beliau dan diminta untuk meninggalkan
majlis atau diiring keluar.
Tetamu memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti itu telah disambut
untuk dua hari jadi, Ahmad Zahid dan cucu beliau yang jatuh pada hari
yang sama tetapi juga menegaskan bahawa ia adalah sebuah parti Tahun
Baru sebagaimana yang terpampang di latar belakang pentas. – 6 Januari,
2014.
Bila Menteri dah tua raikan hari jadi....
Oleh Zaharin Mohd Yasin.
Rakyat
Malaysia di kejutkan sebaik sahaja tamat perbahasan dan juga kelulusan
Bajet@Belanjawan bagi tahun pentadbiran 2014 dengan pengumuman demi
pengumumkan akan
kenaikan beberapa harga perkhidmatan saperti tarif letrik, air dan tol
dan juga kenaikan mendadak barang-barang keperluan hidup saperti gula
dan makanan lain termasuk makanan saperti ikan, ayam dan daging.
Kenyataan
dan alasan yang diberikan oleh Kerajaan kerana kenaikan harga ialah
setaraf melayan budak-budak seusia budak yang belum boleh berjalan atau
dalam klas tadika. Maka rakyat yang sudah ditingkatkan ilmu dan tidak
ada lagi buta huruf menjadi marah. Marah bukan kerana harga barang naik
atau harga perkhidmatan naik tetapi saperti di tipu hidup-hidup, tidak
saindah slogan 'rakyat di dahulukan dan prestasi di utamakan.
Rakyat
memang tahu dari segi pembacaan dan juga berita yang didengar bahawa
ekonomi dunia tidaklah begitu baik dan pasti akan merebak ke Malaysia
dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara termasuk pendapatannya. Tetapi
beberapa alasan itu saperti mempermainkan rakyat. Bagi satu kerajaan
yang punya cerdik pandai dan khasnya orang politik yang berkuasa,
sewajarnya memikirkan setiap patah ayat untuk disampaikan kepada rakyat,
sebaliknya bila main sedap mulut. akhirnya Kerajaan Barisan Nasional
pun di cemuh.
Sebenarnya
tidak perlu untuk di umumkan langkah 11 perkara sebagai tanda prihatin
kerajaan terhadap kenaikan harga. lagi pun semua potongan itu tidak akan
membawa ke arah turunnya harga barang dan perkhidmatan sebaliknya
menjadi bahan perdebatan antara rakyat dan kerajaan yang memerintah.
Kenapa tidak, berapa sen sangatlah jumlah semua itu jika dipotong. Ada
RM100juta? ada RM1Billion hanya dalam kadar tak lebih RM20juta.
Sepatutnya
kerajaan banyakkan ucapan menasihatkan rakyat supaya bersedia berkorban
dalam keadaan ekonomi tidak begitu kuat dan bersedia menghadapi dalam
keadaan sementara. Bukanya membuat ucapan atau retorik yang menjadi
rakyat marah. Dan yang terpenting ialah nasihatkan rakyat mulakan
berjimat dan berbelanja hanya perlu.
Ayat
yang paling mudah mempengaruhi fikiran rakyat dan rakyat akan menerima
tindakan kerajaan dengan berlapang dada ialah nyatakan secara terus
terang bahawa bajet atau belanjawan negara akan di potong dan akan di
kecilkan. Kita kena menerima realiti bahawa soal hutang luar negeri
kita adalah antara penyebab kerajaan tidak lagi mampu memberi subsidi
perkara-perkara perlu dan juga perdagangan kita yang agak kurang khasnya
barang-barang utama kita.. saperti minyak kelapa sawit, getah kecuali
minyak mentah dan sektor pembuatan untuk export.
Dan
inilah masa yang sesuai perkataan wasitiyah digunakan menggalakan
rakyat supaya hidup sederhana. Jika saya seorang Menteri, saya akan
membuat kenyataan satelah berunding dengan rakan-rakan kabinet yang lain
mengumumkan bahawa kami Menteri-Menteri dan juga Timbalan Menteri
mencadangkan kepada Perdana Menteri bahawa kemudahan2 kami dengan
sukarela di potong, termasuk beberapa elaun yang hak Menteri untuk
perolehi dan tidak akan bercuti di luar negeri.
Tetapi
apa yang berlaku? Beberapa Menteri dan keluarganya terus bercuti diluar
negeri yang setiap Menteri akan ditanggung tiket kapal terbang dan
makan minum tidak kurang dibayar kerajaan hampir RM150ribu.. Jadi apa
maknanya semua ini? pembohongan yang kita lakukan kepada rakyat dalam
keadaan sedar.
Dan
dalam keadaan rakyat miskin dan klas menengah mengalir alir mata,
berdukacita atas kesengsaraan hidup tanpa wang tunai yang cukup di awal
tahun dengan berbagai perbelanjaan yang kos hidup meningkat mendadak,
ada Menteri yang buat hari jadi di hotel lima bintang.
Di
dalam media sosial.. tersiar photo Menteri di raikan hari jadinya.
Meraikan hari jadi memang tak salah tetapi amalan menyambut hari jadi
biasanya dikalangan budak-budak dan remaja atau orang muda dibawah usia
40tahun. Bagi mereka yang 40tahun keatas, kebiasaannya hari jadi hanya
di raikan oleh kaum keluarga yang terdekat atau rakan-rakan di tempat
kerja. Kerana sambutan hari jadi memang dia akui akan mengiratkan
keluarga dan juga persahabatan.
Hari
ini menjelang tengah hari ini, ada seorang Menteri yang juga seorang
Naib Presiden UMNO tertinggi akan menyambut hari jadi atau Birthday
yang mungkin ke 60 tahun. Memang tak salah juga meraikan hari jadi
tetapi bila di buat di hotel mewah dalam keadaan sekarang, maka dia
menjadi persoalannya ialah dimana wasitiyahnya atau kesederhanaan beliau
sebagai seorang Menteri?
Mungkin
ada alasan diberikan, bukan saya yang buat dan adakan majlis itu.
Kawan-kawan saya yang buat dan adakan majlis hari jadi saya. Alasan itu
itu hanya boleh diterima oleh mereka yang otaknya di kepala lutut. Bagi
mereka yang otak dalam temporong kepala yang otaknya ada kiri dan kanan,
mungkin sukar untuk menerimanya.
Pertama
sebagai anggota pertadbiran awam, sewajarnya kita mengelak menerima
sebarang jamuan yang diberikan oleh orang awam yang di panggil oleh
Menteri itu 'sebagai kawan'. Dalam Akta SPRM pun ada ada menyebutkan
soal rasuah ini termasuk memberikan jamuan. Kenalah kita berfikir kenapa
'tempua bersarang rendah'
Yang
kedua.. adakah kawan kita melakukan setiap tahun sejak berpuluh tahun
dulu macam Almarhum Tunku Abdullah kawan Mantan PM Dr Mahathir Mohemad
yang mengadakan jamuan hari jadi kedua mereka sebelum PM Dr Mahathir
Mohamad jadi Menteri dan Perdana Menteri. Jika sekarang Tunku Abdullah
lakukan, SPRM tidak boleh mengatakan Tunku Abdullah memberi rasuah
kepada PM Dr Mahathir Mohamad kerana jamuan meraikan itu sudah bertahun
dilakukam.
Ketiga
ialah kenapa buat di hotel.. kenapa tak buat di rumah?. Rumah Menteri
itu bukannya saperti rumah pangsa PPR saperti yang terdapat di Parlimen
Bandar Tun Razak. Pengalaman penulis sejak ada hubungan peribadi dengan
Perdana Menteri Najib Tun Razak dan tersenarai sebagai sahabat beliau
seingat penulis sekian lama dan entah berapa kali majlis hari jadi
beliau, semuanya buat di rumah termasuk di kediaman rasmi yang
didahulukan sembahyang berjemaah.
Dan
akhirnya keperluan apa untuk menyambut hari jadi dalam usia 60 tahun..
sebagai berlatar belakangkan pengetahuan agama, bukan kah setiap usia
kita meningkat sebenarnya usia semangkin tiada dan berkurangan.
Bukankah lebih sesuai dari membazir wang jamuan dan beri makan kepada
orang yang memang dah kenyang itu, kita adakan kunjungan kerumah
anak-anak yatim dan membantu mereka yang miskin. Lagi berkah doa mereka
kepada kita.
Oleh
itu adakah kawan kawan kita yang berbelanja sampai berbelas dan
berpuluh ribu RM untuk hari jadi kita hanya suka suka membuang wang
begitu sahaja dan tidak mahu mendapat apa-apa balasan atau pernah
mendapat balasan atau jasa kita. wallahu'alam bissawab.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.