Followers

Tuesday, January 21, 2014

VIDEO - Isu Tutup Pusat GiatMara Selayang : Jawapan Video Untuk Macai-Macai


Blogger fitnah tutup pusat GiatMara Selayang hadapi tindakan saman
Blogger dan pengendali laman sosial Facebook pro Umno diminta menarik balik kenyataan fitnah berhubung isu penutupan Pusat Latihan Kemahiran GiatMara Selayang atau terpaksa berdepan tindakan saman.

Ahli Parlimen Selayang William Leong berkata, kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua pihak yang mengaitkan dirinya dengan penutupan pusat latihan berkenaan adalah tidak benar sama sekali serta bersifat jahat.

Jelasnya, sebagai ahli parlimen beliau tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan Pusat Latihan Kemahiran GiatMara yang didirikan di atas tanah milik kerajaan negeri.

“Saya tidak mengetahui mengenai isu ini sehingga ia dikeluarkan di media massa, lalu saya menghubungi exco negeri untuk penjelasan.

“Apa yang berlaku ialah keadaan pusat latihan ini didapati tidak memuaskan oleh penilaian ‘Task Force’ yang ditubuhkan kerajaan negeri dan kerana itu notis dikeluarkan,” kata William dalam satu sidang media di pejabatnya di sini, lapor Selangorkini, media kerajaan negeri Selangor.



Sehubungan itu, beliau menggesa kedua-dua blogger “Pahangku Media” dan pengendali laman Facebook “Boikot Barangan Cina DAP” untuk menarik balik kenyataan fitnah itu.

“Kami kini dalam proses mencari mereka yang terlibat dengan kedua-dua laman sosial ini. Kemudian kami akan hantar surat peguam secara rasmi untuk mereka menarik balik kenyataan.


Idaman78

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.