Followers

Monday, January 13, 2014

Umno tarik balik saman Tian Chua berkaitan kes Lahad Datu.?


Umno menaril balik saman fitnah terhadap Tian Chua berhubung kes pencerobohan Lahad Datu. Gambar fail.

Umno menaril balik saman fitnah terhadap Tian Chua berhubung kes pencerobohan Lahad Datu. 
Umno menarik balik saman fitnah terhadap Tian Chua yang sebelum ini mengaitkan parti itu dengan pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan pengganas Sulu tahun lalu.

Ini berikutan penyelesaian luar mahkamah yang dicapai kedua-dua pihak hari ini dengan persetujuan penghakiman dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop.

Peguam Datuk Hafarizam Harun, yang mewakili Setiausaha Eksekutif Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu diselesaikan dengan baik tanpa sebarang kos.

Tian Chua, yang nama sebenarnya adalah Chua Tian Chang berkata, beliau kesal dengan artikel dan laporan tersebut dan akan diturunkan daripada Keadilan Daily.com secepat mungkin.

"Plaintif menerima penjelasan saya dan saya tiada niat untuk memberikan gambaran yang negatif terhadap Umno sebagai dalang pencerobohan Lahad Datu," katanya.

 

Perbicaraan itu dijadualkan selama dua hari bermula hari ini.


Ab Rauf dijadualkan untuk hadir sebagai saksi sebagai pegawai awam Umno.

Dua wartawan media arus perdana juga diarahkan supaya hadir untuk menjelaskan bukti terhadap Tian Chua, yang juga naib presiden PKR.

Umno menamakan Tian Chua, pengarang KeadilanDaily.com, Fazallah Pit dan penulis Aisha Geoffrey sebagai defendan.

Defendan merancang untuk memanggil keempat-empat saksi, iaitu tiga defendan dan penyunting KeadilanDaily.com untuk memberi keterangan.

Dalam kenyataan beliau, Umno berkata, Tian Chua menuduh parti tersebut sebagai dalang kejadian tembak menembak, lantas mengatakan bahawa parti tersebut mengkhianati negara.

Ia mengatakan artikel tidak berasas itu disiarkan di portal KeadilanDaily.com pada 1 Mac di bawah tajuk "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno - Tian."

Umno yang memfailkan saman pada 15 Mac mengatakan Aisha menghubungi Tian Chua pada 1 Mac di mana beliau memfitnah parti tersebut.

Umno memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan sebarang artikel dengan isi yang sama, serta kemusnahan, permohonan maaf dan kos.

Tian Chuan mempertahankan diri dan berkata beliau tidak bermaksud untuk memfitnah Umno.

Dalam kenyataan pembelaan Fazallah dan Aisha berkata, Umno gagal untuk menunjukkan bahawa artikel itu menyebabkan sebarang kerugian terhadap parti tersebut. – 13 Januari, 2014.

KedahLanie.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.